Berita Auto

Hyundai-Sime Darby Sediakan Subsidi Untuk Pengedar dan Perunding Jualan

Untuk melindungi kebajikan pekerjanya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa ia akan menawarkan bantuan subsidi kepada pengedar dan perunding jualan bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka.

Menerusi langkah proaktif ini, HSDM akan menawarkan Elaun Kesusahan kepada perunding jualan dari April hingga Jun. Subsidi ini hanya akan diberikan kepada perunding jualan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga bulan.

Sementara itu, pihak pengedar pula akan menerima subsidi untuk membiayai kos pemasaran dalam talian dan pembelian cecair pencuci tangan, disinfektan dan termometer untuk digunakan di blik pameran dan pusat servis masing-masing.

“Wabak ini telah memberi kesan buruk kepada sektor automotif. Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengedar dan perunding penjualan, dan kami berharap subsidi tersebut dapat meringankan beban kewangan mereka dan membantu menangani kos berkaitan langkah kesihatan dan keselamatan di pusat jualan dan servis Hyundai,” kata Low Yuan Lung, pengarah urusan HSDM.

HSDM memberi jaminan kepada pelanggan dan pengunjung bahawa langkah-langkah kesihatan dan keselamatan sudah dilaksanakan di semua pusat jualan dan servis Hyundai yang telah dibuka semula. Ini termasuk saringan suhu badan untuk kakitangan dan pengunjung, penyediaan cecair pencuci tangan, pembasmian kuman secara kerap serta disinfektasi kenderaan pelanggan, kenderaan bilik pameran serta unit pandu uji.

Previous post

Pusat Servis Volkswagen Mula Beroperasi Sepenuhnya

Next post

Pusat Servis Yamaha Dibuka Semula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *