Motosikal / Lain Lain Roda

Pusat Servis Yamaha Dibuka Semula

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengesahkan bahawa pusat servis Yamaha di ibu pejabatnya di Sungai Buloh, cawangan Ipoh dan cawangan Johor akan kembali beroperasi bermula hari ini.

Ketiga-tiga pusat servis terbit dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang, Isnin hingga Jumaat.

Sementara itu, pusat servis cawangan Pulau Pinang dan Kuantan pula akan menyambung operasi bermula esok, masing-masing dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang dan dari jam 10 pagi hingga 2.30 petang.

Bagaimanapun, pusat alat ganti dan kaunter jualan alat ganti masih terus ditutup sehingga makluman lanjut.

Pelanggan yang ingin menghantar motosikal mereka ke pusat servis atau membuat tuntutan waranti dinasihatkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu (walk-in tidak dibenarkan).

Selain itu, pelanggan juga perlu memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

Untuk keterangan lanjut, hubungi cawangan-cawangan HLYM seperti yang tertera di bawah:

Previous post

Hyundai-Sime Darby Sediakan Subsidi Untuk Pengedar dan Perunding Jualan

Next post

Isuzu D-Max Generasi ke-3 Mendapat Penilaian Keselamatan 5-Bintang Dari ASEAN NCAP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *