Berita Auto

Pusat Servis Volkswagen Mula Beroperasi Sepenuhnya

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa semua pusat servisnya akan beroperasi pada kapasiti penuh.

Menurut syarikat itu, semua pengedar Volkswagen di seluruh negara telah memulakan kempen ‘Safe Hands’ yang melibatkan prosedur operasi standard (SOP) baharu seperti penerimaan kenderaan tanpa kontak, tayangan video panduan, sanitasi sebelum dan selepas penyelenggaraan dan pembayaran tanpa tunai dengan e-invois.

Bukan itu sahaja, sesetengah pengedar juga akan menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan.

Langkah-langkah keselamatan lain akan turut dilaksanakan di pusat servis termasuk pembasmian premis secara kerap dan saringan suhu badan untuk semua kakitangan dan pelanggan.

Perkhidmatan hanya akan diberikan kepada pelanggan yang membuat janji temu. Oleh itu, semua pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis terdekat terlebih dahulu.

Pemilik Volkswagen dan pekerja barisan hadapan yang telah membuat tempahan janji temu menerusi kempen Welcome Back akan diberikan keutamaan.

Previous post

Jenama Automotif Di Bawah Kumpulan Naza Kembali Beroperasi

Next post

Hyundai-Sime Darby Sediakan Subsidi Untuk Pengedar dan Perunding Jualan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *