Cerita Auto

Harga Minyak Mingguan: Petrol Naik 5 Sen, Diesel Naik 10 Sen

Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga bahan api untuk tempoh 30 Mei-1 Jun dan sekali lagi, terdapat kenaikan untuk semua jenis bahan api.

Bermula tengah malam ini, harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak lima sen setiap liter kepada RM1.43 dan RM1.73.

Sementara itu, harga runci bagi diesel naik sebanyak 10 sen dari RM1.51 kepada RM1.61 setiap liter.

Menurut kementerian itu, kenaikan ini adalah disebabkan peningkatan harga minyak proses, selari dengan harga minyak mentah global yang turut meningkat.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah global dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjaga.

Previous post

Kenderaan Kemalangan Dapat Penjagaan Ekstra Dari Allianz General

Next post

Rusuhan Sebaik Saja Nissan Tutup Kilangnya Di Sepanyol

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *