Berita Auto

Kenderaan Kemalangan Dapat Penjagaan Ekstra Dari Allianz General

Kenderaan kemalangan yang memerlukan pembaikan akan mendapat penjagaan tambahan daripada Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerja penyahkuman kenderaan kini menjadi rutin harian syarikat dan bengkel panel. Setiap kenderaan dinyahkuman sepenuhnya sebanyak dua kali; pertama ketika tiba di bengkel dan sekali lagi setelah kerja-kerja pembaikan selesai. Bahagian dalaman juga dibersihkan sebelum kereta diserahkan kepada pemiliknya.

“Terdapat banyak tabiat dan amalan baharu yang harus kita lakukan untuk membantu mencegah penyebaran virus dalam masyarakat kita. Dan ini adalah salah satu cara kami, sebagai penanggung insurans, dapat memainkan peranan dalam pencegahan dan pengendalian COVID-19,” kata Damian Williams, Ketua Tuntutan Allianz General.

Menurut Damian lagi, syarikat menggunakan penyelesaian penyahkuman yang diluluskan oleh kerajaan dan keseluruhan proses mengambil masa sekitar 10 minit untuk setiap kenderaan.

Selain itu, panel bengkel pembaikan Allianz General juga membersihkan premis mereka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pekerja bengkel juga mematuhi piawaian keselamatan Kementerian Kesihatan (KKM), mengamalkan kebersihan tangan yang tinggi dan jarak yang selamat semasa bekerja.

Sebelum PKP, Allianz General menerima purata 130 laporan kemalangan setiap hari dari seluruh negara, dengan 70 peratus kes tersebut berlaku di Lembah Klang. Walaupun jumlah itu menurun kepada purata 40 kes kemalangan setiap hari sepanjang tempoh PKP, Damian menjangkakan jumlah itu akan meningkat apabila PKP Bersyarat (PKPB) berakhir pada 9 Jun.

Sekiranya berlaku kemalangan, pelanggan motor Allianz boleh menghubungi Allianz Road Rangers (Bantuan Kemalangan / Tepi Jalan) (24 jam) di 1800-22-5542. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan percuma Allianz Road Rangers, lawati laman web korporat Allianz Malaysia di allianz.com.my/road-rangers.

Previous post

Acura TLX 2021 Muncul Dengan Platform dan Enjin Turbo Baharu

Next post

Harga Minyak Mingguan: Petrol Naik 5 Sen, Diesel Naik 10 Sen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *