Promosi / Tawaran / Peraduan

Renault Relax Tawar Penjimatan ke atas Tayar dan Bateri

TC Euro Cars (TCEC) hari ini melancarkan kempen ‘Renault Relax’ yang menawarkan penjimatan ke atas dua komponen penting iaitu tayar dan bateri.

Bermula 15 April hingga 15 Mei 2020, pemilik Captur dan Fluence yang membuat yuran ‘lock-in’ RM100 akan dapat menikmati harga promosi RM345 untuk satu unit tayar ContiEco Contact 5 205/55R17 dengan penjimatan sebanyak 25 peratus.

Tempahan dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi Renault E-Store di www.renault.com.my. Pelanggan Renault juga akan menerima servis imbangan untuk dua unit tayar dan ke atas secara percuma sehingga 31 Ogos 2020.

TCEC turut menawarkan diskaun 10 peratus untuk bateri Atlas BX yang dibeli sehingga 30 Jun 2020.

Sepanjang tempoh PKP, pasukan Rencare akan terus memberi sokongan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan kecemasan. Pasukan ini boleh dihubungi di talian 1800-88-8663 (24 jam, 7 hari seminggu).

Selain itu, TCEC mengumumkan lanjutan masa servis sehingga 28 Mei 2020 ke atas semua kenderaan Renault yang perlu diservis di antara 18 Mac hingga 28 April 2020.

Lanjutan selama 30 hari sehingga 28 Mei 2020 juga diberikan untuk semua kenderaan Renault yang warantinya tamat sepanjang tempoh PKP.

Tempoh operasi pusat servis Renault turut dilanjutkan seperti berikut:

Pusat Servis Renault Petaling Jaya

Isnin – Jumaat: 7.30am – 9pm

Sabtu: 8.30am – 7pm

Ahad: 10am – 7pm
Pusat Servis Renault yang lain

Isnin – Jumaat: 8.30 am – 8 pm

Sabtu: 8:30am – 5pm

*Tempoh operasi mungkin berbeza mengikut lokasi

Senarai penuh pusat servis sah Renault boleh didapati di sini.

Turtu ditawarkan adalah perkhidmatan ‘concierge’ iaitu perkhidmatan mengambil dan menghantar kereta untuk pelanggan di Lembah Kelang yang berada dalam lingkungan 30 km dari pusat servis.

Previous post

Toyota GR Supra Terima Talaan Manhart

Next post

Proton Mula Serah Pelindung Muka Kepada 'Frontliners'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *