Berita Auto

Individu Ingkar PKP Akan Terus Ditangkap Mulai Esok

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang bermula esok akan menyaksikan hukuman lebih tegas untuk pesalah, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media COVID-19 di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, pihak polis tidak akan lagi menjadikan denda kompaun RM1,000 sebagai pilihan utama untuk individu yang didapati bersalah melanggar PKP. Sebaliknya, mereka akan ditahan, direman dan dihadapkan ke mahkamah.

Langkah lebih tegas itu terpaksa diambil berikutan sikap endah tak endah orang ramai yang semakin meningkat. Malah tambah beliau, ada yang menganggap denda RM1,000 tidak cukup untuk menakutkan mereka.

Semalam, 1,374 individu telah ditahan atas kesalahan melanggar perintah PKP. 931 daripada jumlah tersebut telah dikenakan kompaun RM1,000, 418 direman manakala selebihnya dijamin polis.

Setakat ini, sebanyak 427 individu telah dituduh di mahkamah di atas kesalahan mengingkari PKP.

Jumlah tangkapan keseluruhan bagi kesalahan ingkar PKP sehingga 13 April adalah 9,900 manakala jumlah kompaun yang dikeluarkan mencecah 4,036.

Sumber: Astro Awani

Previous post

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Harrier 2021

Next post

Mazda 6 Baharu Yang Akan Datang Mungkin Penyelamat Sedan D-Segment

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *