Bisnes

Bilik Pameran, Pusat Selepas Jualan Perodua Dibuka Semula

Berikutan penyambungan semula operasi kilang pembuatannya di Sungai Choh, Rawang baru-baru ini, Perodua hari ini mengumumkan bahawa semua pusat jualan dan selepas jualannya (termasuk pusat badan dan cat atau B&P) telah pun dibuka semula.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-63

Secara keseluruhan, syarikat itu mempunyai 191 pusat jualan, 197 pusat servis dan 69 pusat B&P di seluruh negara.

“Penghantaran kenderaan telah bermula secara berperingkat sejak minggu ini dan kami menjangkakan lebih banyak kereta Perodua dihasilkan dan didaftarkan dalam beberapa minggu akan datang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Kami berterima kasih kepada para pelanggan kami atas kesabaran, kefahaman dan kesetiaan dalam menerima kenderaan Perodua mereka. Kami berharap dapat menghantar sebanyak mungkin pesanan yang ada dalam tahun ini,” tambahnya.

Menurut Dato’ Zainal lagi, syarikat kini sedang menilai kesan penutupan yang diberkuat kuasa pada 1 Jun lalu dan akan mengumumkan sasaran untuk tahun ini yang telah disemak semula tidak lama lagi.

Walaupun Perodua telah memenuhi kriteria yang diperlukan untuk vaksinasi pekerja-pekerjanya, syarikat kereta kompak itu telah menggariskan panduan keselamatan buat para pelanggan ketika mengunjungi pusat jualan dan selepas jualannya. Pusat selepas jualan merangkumi pusat servis serta kemudahan badan kenderaan dan cat.

Keperluan-keperluan keselamatan ini termasuklah telah mendapat vaksin sepenuhnya, memakai topeng, membuat janji temu sebelum mengunjungi cawangan jualan dan/atau servis dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal.

Previous post

Volkswagen Jetta Dikemaskini Di Amerika Syarikat Selepas Mereka Hentikan Passat

Next post

Renault Arkana Dilancarkan Di Australia, Bermula Di Bawah RM105k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *