Berita Auto

Hyundai Veloster N Kini Dengan DCT 8 Kelajuan

Apabila Hyundai Velsoter N diperkenalkan buat kali pertama pada awal 2018, ia hanya ditawarkan dengan kotak gear enam manual enam kelajuan.

Walaupun kotak gear manual memberikan lebih keseronokan, ia masih mempunyai kekurangan dari segi prestasi jika dibandingkan dengan transmisi automatik.

Oleh itu, untuk model tahun 2020, Hyundai akan menawarkan pilihan transmisi klac berkembar (DCT) lapan kelajuan untuk Veloster N.

Menurut Hyundai, transmisi tersebut adalah merupakan jenis basah. Tidak seperti DCT jenis kering, ia menggunakan minyak untuk tujuan pelinciran dan penyejukan. Ini penting terutamanya apabila enjin menjana tork yang tinggi.

Bercakap tentang tork, versi DCT ini hadir dengan 377 Nm, iaitu tujuh peratus lebih tinggi berbanding versi manual (353 Nm). Ini dicapai menerusi penggunaan teknologi N Grin Shift (NGS) yang memberikan ‘overboost’ dan memaksimumkan tindak balas transmisi selama 20 saat.

Kuasa kuda bagaimanapun tidak berubah iaitu 250 hp untuk versi standard atau 275 hp untuk versi Performance Package. Apa yang berubah adalah masa pecutan 0-100 km/j yang berkurang dari 6.1 saat kepada 5.6 saat.

Selain NGS, kotak gear tersebut juga mempunyai teknologi N Power Shift (NPS) dan N Track Sense Shift (NTS). Kesemua teknologi ini boleh dikonfigurasikan menerusi skrin sistem infotainmen lapan inci.

Selain transmisi baharu, pelanggan juga boleh mendapatkan kerusi ‘bucket’ N Light Sport. Dibalut dengan upholsteri seperti Alcantara, kerusi ini lebih nipis dan 2 kg lebih ringan berbanding kerusi standard. Ia juga mempunyai logo N yang menyala pada bahagian ‘backrest’.

Previous post

UMW Toyota Motor Buka Semula Pusat Servis Terpilih

Next post

Lakaran BMW 4 Series Gran Coupe Dengan Gril Buah Pinggang Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *