Berita Auto

UMW Toyota Motor Buka Semula Pusat Servis Terpilih

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mendapat kelulusan daripada MITI untuk membuka semula pusat servis rasmi Toyota terpilih dan akan memulakan operasi cawangan servis terpilih untuk kecemasan dan keperluan servis segera, dalam kapasiti minimum.

Menurut syarikat itu, perkhidmatan kepada pelanggan adalah berdasarkan temujanji sahaja. Pelanggan perlu menghubungi pusat servis terdekat untuk mengesahkan pusat servis berkenaan telah mula beroperasi dan seterusnya menetapkan temujanji sebelum datang ke premis. Pelanggan juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika dalam perjalanan.

Segala usaha akan diambil untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pelanggan ketika mereka berada di pusat servis. Menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter atau lebih akan diamalkan bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan virus.

Selain itu, UMWT juga akan memberikan lanjutan 30 hari dari hari terakhir PKP untuk semua kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi dengan waranti yang tamat semasa tempoh PKP.

Syarikat itu juga akan terus menyediakan sokongan serta bantuan kepada semua pelanggan yang mempunyai sebarang kecemasan atau pertanyaan sepanjang tempoh PKP melalui talian hotline seperti berikut:

Pertanyaan dan bantuan umum

*Isnin-Jumaat, 8 pagi – 7 malam
1800-8-TOYOTA (869682)
Hotline tambahan

*Isnin-Jumaat, 8 pagi – 7 malam
017-6278982
016-8696107
014-3335380
016-6332865
016-6387678
011-273 55039
Bantuan kecemasan 24 jam1800-888-247
Emel sokongan pelanggancustomersupport@toyota.com.my

Previous post

Ford Mustang Kereta Sport Terlaris Untuk 5 Tahun Berturut-turut

Next post

Hyundai Veloster N Kini Dengan DCT 8 Kelajuan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *