Berita Auto

RFID Di Semua Lebuhraya PLUS Termasuk LPT2 April Ini

Bermula 1 April 2020, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menawarkan kemudahan pembayaran RFID di kesemua 83 tol sistem tertutup dari Utara ke Selatan, termasuk lebuhraya LPT2.

Selaras dengan visi Kerajaan untuk melaksanakan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), pelaksanaan RFID di plaza tol sistem tertutup PLUS menandakan penyempurnaan ekosistem lebuhraya yang menggunakan sistem RFID sepenuhnya.

Langkah ini menawarkan pelanggan kemudahan transaksi tol tanpa tunai, tambah nilai melalui perbankan internet dan E-dompet serta bebas dari sebarang kerumitan dalam penggunaan gajet yang mahal dan keperluan penggunaan bateri bagi SmartTAG.

PLUS telah melaksanakan operasi sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya sejak tahun 2017 dan industri lebuh raya mengalu-alukan penggunaan RFID sebagai satu sistem pembayaran tanpa tunai di kesemua lebuh raya sistem terbukanya pada Ogos 2018.

Semenjak 36 bulan yang lalu, PLUS telah menyelaraskan sistem RFID bersama Touch ‘n Go, di mana ianya telah membawa kepada pelaksanaan di 10 plaza tol sistem terbuka pada 1 Januari 2020 dan bermula April 2020 ini, seluruh rangkaian lebuh raya PLUS akan menerima pembayaran melalui RFID.

“Dengan tawaran perkhidmatan RFID di PLUS, laluan perjalanan yang digunakan pelanggan contohnya dari Plaza Tol Juru ke Damansara, kini telah diperluas ke bandar, sebagai contoh KLCC dan juga ke kawasan bandar dan luar bandar seperti Wangsa Maju ataupun Kajang. Perjalanan akan menjadi lebih lancar kerana kini laluan lebuh raya dalam dan luar bandar telah terhubung,” jelas Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad.

Tambah beliau, usaha untuk memperluas kegunaan RFID di lebuh raya PLUS selari dengan kehendak dan keperluan pengguna lebuh raya masa kini agar transaksi tol dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa sebarang kerumitan serta lebih lancar di plaza-plaza tol.

Walaupan transaksi tol menggunakan RFID diperkenalkan, transaksi tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi boleh diterima di plaza-plaza tol bagi memudahkan pelanggan lebuh raya mengambil masa untuk bertukar kepada RFID dalam tempoh jangka masa tahun ini.

Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem RFID untuk transaksi tol, PLUS menasihatkan agar mereka segera memasang pelekat Tag RFID di pusat-pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara. Maklumat lanjut mengenai lokasi pusat pemasangan tersebut boleh diperolehi di sini.

Pusat pemasangan Tag RFID akan turut dibuka di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bermula 13 Mac bagi membolehkan pelanggan lebuh raya PLUS untuk membuat pemasangan pada kenderaan masing-masing.

Lembah Klang/Wilayah Tengah

NoLokasiWaktu Operasi
1Restoran Jejantas Sungai Buloh (Kedua-dua Arah)10:00 pagi – 6:00 petangIsnin hingga Ahad
2R&R Seremban (Kedua-dua Arah)
3R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)10:00 pagi – 6:00 petangJumaat, Sabtu & Ahad
4R&R Tapah (Kedua-dua Arah)
5RTC Gopeng RTC di Hentian Sebelah Simpang Pulai

Wilayah Selatan

NoLokasiWaktu Operasi
1Restoran Jejantas Ayer Keroh (Kedua-dua Arah)10:00 pagi – 6:00 petangJumaat, Sabtu & Ahad

Wilayah Utara

NoLokasiWaktu Operasi
1R&R Gunung Semanggol (Arah Utara)10:00 pagi – 6:00 petangJumaat, Sabtu & Ahad
2R&R Gurun (Kedua-dua Arah)

Pantai Timur

NoLokasiWaktu Operasi
1R&R Temerloh (Kedua-dua Arah) (LPT1)10:00 pagi – 6:00 petangJumaat, Sabtu & Ahad
2R&R Kuantan (Kedua-dua Arah) (LPT1)
Previous post

Super GT Malaysia Kembali ke Sepang Julai Ini

Next post

Hyundai Elantra 2021 Akan Diperkenalkan 17 Mac Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *