Sukan

Super GT Malaysia Kembali ke Sepang Julai Ini

Selepas enam tahun menyepi, perlumbaan Super GT akan kembali ke Malaysia bermula 16 hingga 19 Julai 2020 di Litar Antarabangsa Sepang.

Apa yang menarik, edisi kali ini akan menyaksikan perlumbaan sebelah yang pertama untuk kejohanan GT dan juga kemunculan pasukan dari Malaysia.

Super GT Malaysia Festival 2020 adalah salah satu daripada dua perlumbaan yang diadakan di luar Jepun dan merupakan pusingan 5 Siri Autobacs Super GT 2020.

Dianggap sebagai tarikan utama dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020, acara ini dilancarkan oleh Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia Dato ‘Dr. Noor Zari Bin Hamat.

“Kami memikirkan bagaimana untuk menjadikan acara ini lebih baik dan mendapati bahawa perlumbaan pada waktu malam akan memberikan cabaran unik kepada pasukan dan pelumba,” kata Pengurus Haro Sports & Entertainment, Fahrizal Hassan.

Haro Sports & Entertainment adalah pemegang hak dan penganjur Super GT Malaysia Festival 2020. Syarikat itu turut dilantik oleh GT Association Ltd (GTA) sebagai pemegang hak untuk kandungan SUPER GT untuk semua negara di luar Jepun dan Thailand.

Fahrizal turut mengumumkan bahawa dua pelumba tanahair, Jazeman Jaafar dan Dato’ Adrian da Silva akan bergandingan di dalam jentera Porsche GT3 R untuk bersaing dalam kelas GT300.

Tiket dijual pada harga RM100 (K1 Grandstand), RM250 (Main Grandstand) dan RM2,000 (GT Club) dan boleh didapati di www.supergtmalaysia.com. Bagaimanapun, pelanggan terawal boleh mendapatkan tiket pada harga promosi iaitu RM80 (K1 Grandstand) dan RM200 (Main Grandstand). Turut ditawarkan adalah pakej eksklusif iaitu Dream, Ultimate dan Experience.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan UMW Toyota Motor Malaysia, pemegang tiket akan berpeluang membawa pulang sebuah Toyota GR Supra menerusi peraduan ‘Predict and Win’.

Bukan itu sahaja, Art of Speed akan turut mengadakan pameran Auto Expo yang menampilkan pelbagai jenis koleksi kenderaan yang menarik.

Previous post

Honda Odyssey Dipertingkatkan Untuk Model 2021

Next post

RFID Di Semua Lebuhraya PLUS Termasuk LPT2 April Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *