Cerita Auto

PLUS Tutup Semua Surau di Lebuhraya

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil keputusan untuk menutup sementara semua surau di semua hentian sebelah plaza tol dan R&R serta-merta demi keselamatan semua pelanggan lebuhraya.

Langkah ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mencegah penularan wabak Covid-19 apabila orang ramai berkumpul secara serentak di satu-satu lokasi.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan agar orang ramai yang terpaksa melakukan perjalanan supaya dapat merancang perjalanan mereka dan sentiasa memastikan kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang cukup untuk perjalanan.

Pelanggan dan keluarga mereka juga digesa supaya sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial apabila menggunakan kemudahan tandas awam di R&R ataupun stesen minyak berdekatan.

Previous post

MODENAS Hulur Sumbangan Kepada Petugas Barisan Hadapan

Next post

Permulaan Siri TCR Asia 2020 Dibatalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *