Khidmat Masyarakat

MODENAS Hulur Sumbangan Kepada Petugas Barisan Hadapan

MODENAS telah tampil dalam usaha membantu petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang penularan wabak Covid-19 yang telah dikategorikan sebagai pandemik baru-baru ini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Memandangkan operasi MODENAS berpengkalan di Gurun, Kedah, syarikat itu telah memutuskan untuk memberi tumpuan inisiatifnya di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.

Dengan pembabitan pelbagai individu serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak menumpukan perhatian terhadap situasi Covid-19 di hospital-hospital sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, MODENAS juga tidak mahu ketinggalan.

Baru-baru ini, MODENAS serta pekerja-pekerjanya telah menyumbangkan barangan elektrik yang diperlukan oleh Hospital Sultanah Bahiyah seperti kipas, cerek elektrik serta air mineral dengan harapan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada kakitangan hospital yang bertungkus lumus tanpa lelah merawat pesakit Covid-19 dan secara tidak langsung meletakkan risiko yang tinggi juga terhadap kesihatan mereka sendiri.

“Sebuah sumbangan yang tidak seberapa ini dari pihak kami, sebagai tanda penghargaan kepada para doktor, jururawat, sukarelawan, pembantu perubatan dan juga tidak ketinggalan para pegawal keselamatan. Sememangnya ia merupakan satu pengorbanan yang besar, buat kakitangan barisan hadapan di samping terpaksa meninggalkan anak kecil dan keluarga demi keselamatan negara,” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Previous post

Volkswagen T-Roc Cabriolet Dilancarkan Dengan Gambar Drop-Down Penuh

Next post

PLUS Tutup Semua Surau di Lebuhraya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *