Sukan

Permulaan Siri TCR Asia 2020 Dibatalkan

Permulaan Siri TCR Asia 2020 telah ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19. Siri perlumbaan itu dijadulkan membuka tirainya pada 12 April 2020 di Litar Antarabangsa Sepang.

Dalam satu kenyataan, David Sonenscher, Ketua Pegawai Eksekutif Motorsport Asia Ltd berkata, “Keutamaan kami buat masa ini adalah keselamatan komuniti TCR Asia.”

“Kami sedang memantau perkembangan dan merancang untuk memulakan musim perlumbaan sebaik sahaja keadaan menjadi terkawal dan sekatan perjalanan ditarik balik.”

Sonenscher turut mengesahkan hasrat penganjur untuk menjalankan kelima-lima perlumbaan TCR Asia seperti yang dirancang.

“Perkara terbaik yang kita semua boleh lakukan adalah mengikut arahan, menjarakkan diri dan cuba untuk meratakan lengkung.”

Previous post

PLUS Tutup Semua Surau di Lebuhraya

Next post

Pencemaran Dari Kehausan Tayar 1000X Lebih Teruk Daripada Asap Ekzos

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *