Berita Auto

Pemandu Tidak Perlu Perbaharui Lesen

Pemegang lesen memandu dikecualikan daripada memperbaharui lesen memandu mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini (25 Mac 2020). Perkara ini disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Dalam satu kenyataan, Wee berkata beliau menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 66 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dengan memberikan pengecualian itu kepada semua pemegang lesen memandu.

Langkah itu diambil berikutan kesukaran orang ramai untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) dan Competent Driver’s License (CDL) sepanjang tempoh PKP.

Walau bagaimanapun, pemandu dikehendaki memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP berakhir.

Pemandu juga dinasihatkan untuk membawa salinan sijil perlindungan atau ‘e-cover note’ insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP.

Ini bermakna mereka yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan itu memiliki perlindungan insurans yang sah.

Bagi LKM untuk kenderaan perdagangan dan GDL, kementerian memutuskan isu berhubung keperluan mendapatkan kelulusan daripada PUSPAKOM dan pemandu kenderaan perdagangan bagi memperbaharui GDL serta laporan kesihatan yang sah, sepertimana yang diperlukan dalam syarat-syarat permohonan pembaharuan lesen kenderaan komersial tidak lagi berbangkit.

Bagaimanapun pemilik kenderaan perdagangan perlu memperbaharui LKM masing-masing dan adalah tertakluk kepada keperluan dokumen kelulusan yang berkenaan dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.

Wee menjelaskan keputusan itu dibuat selepas kementerian mengadakan perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Previous post

Suzuki Akan Kembali Ke Malaysia Dengan Swift Sport Hibrid Ini

Next post

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *