Sukan

Pasukan Malaysia Pamer Aksi Terpuji di BMW Motorrad International GS Trophy 2020

Pasangan trio Malaysia, Norizuan Abdullah, Chan Kiang Wei dan Mohd Zulfakar bin Mohd Alghaus berjaya menduduki tempat ke-18 dalam cabaran International GS Trophy 2020 yang diadakan baru-baru ini, sekaligus mengatasi pasukan India, Afrika Utara dan beberapa pasukan lain.

Tahun ini, acara BMW Motorrad International GS Trophy 2020 disertai oleh 23 pasukan yang melibatkan individu dari 40 buah negara bersaing dalam sebuah pengembaraan berjarak 3,000 km.

Edisi ketujuh pertandingan motosikal berprestij ini berjalan selama lapan hari dan menampilkan pelbagai cabaran yang menyaksikan para penunggang merentasi landskap indah di Pulau Utara dan Selatan New Zealand.

Norizuan Abdullah, salah seorang ahli Pasukan Malaysia turut mengambil peluang untuk berkata, “Ini merupakan pencapaian yang besar buat kami untuk mewakili Malaysia di International GS Trophy pada tahun ini.

Walaupun pada peringkat awal prestasi kami agak goyah, kami telah bekerja keras dan muncul sebagai penunggang yang lebih baik. Saya percaya bahawa inilah semangat yang ingin dibawakan oleh GS, individu-individu berlainan latar belakang bersatu untuk mengamati keterujaan kegiatan permotoran, meskipun harus berdepan dengan pelbagai jenis cabaran.

Azam yang kuat diperlukan untuk melangkah garisan penamat, dan saya berbangga kami dapat berbuat demikian. Terima kasih kerana menaruh kepercayaan ke atas kami, Malaysia!”

Previous post

5 Pusat Penjagaan Kesihataan Terbaik di Selangor

Next post

Honda Super Cub C125 oleh K-Speed Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *