Bisnes

BMW Group Malaysia Sekali Lagi Juarai Segmen Premium

BMW Group Malaysia mengumumkan bahawa ia berjaya menyerahkan lebih 10,500 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad pada 2021, sekaligus membolehkan syarikat itu menerajui segmen premium di Malaysia buat tahun kedua berturut-turut.

Daripada jumlah tersebut, lebih 16% daripadanya merupakan kenderaan berelektrik, membawa jumlah keseluruhan kenderaan berelektrik BMW dan MINI di Malaysia kepada lebih 21,600 unit setakat ini.

Secara terperinci, BMW berjaya menyerahkan lebih daripada 8,400 buah kenderaan untuk 47% perkongsian pasaran segmen premium, sementara MINI menyerahkan lebih 940 buah kenderaan untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama nombor tiga dalam segmen premium.

Model 3 Series, diterajui oleh 320i Sport, menyumbang jumlah jualan sebanyak 2,400 unit atau 28% daripada jumlah penyerahan. Sementara itu, 2 Series buat julung kalinya mengatasi 5 Series dengan lebih 1,270 penyerahan, di mana 99% daripadanya ialah model 218i Gran Coupe.

Untuk barisan Sports Activity Vehicles (SAV) pula, BMW X berjaya mencatat lebih daripada 3,200 penyerahan untuk menyamai prestasinya pada tahun 2020. X1 kekal sebagai model terlaris dengan lebih 960 penyerahan, diikuti oleh X5 dengan 850 unit.

Prestasi MINI pada tahun 2021 telah menyaksikan pertumbuhan sebanyak 5.6% berbanding tahun yang sebelumnya. Penyumbang utama kepada prestasi ini adalah MINI Countryman yang mencatat penyerahan berjumlah lebih 68%.

Bukan itu sahaja, lebih 16% daripada semua kenderaan MINI yang diserahkan adalah berelektrik, berbanding tahun 2020, di mana angkanya hanya menjangkau 7%.

BMW Motorrad Malaysia pula menduduki tempat pertama bagi motosikal berkuasa tinggi melebihi 500cc pada tahun 2021 dengan lebih daripada 1,100 penyerahan, mewakili pegangan pasaran sebanyak 20% dan pertumbuhan sebanyak 5% pada tahun lalu.

BMW R 1250 GS

Bilangan penyerahan jenama ini diterajui oleh segmen kembara dengan 657 unit. Segmen kembara menerauji bilangan penyerahan dengan 657 unit, di mana sebahagian besarnya disumbang oleh R 1250 GS Adventure edisi ulang tahun ke-40. Ia diikuti oleh segmen jelajah dengan 159 penyerahan, di mana 65% daripadanya disumbang oleh R 1250 RT.

Previous post

Setiap Model Subaru 2022 AS Dapat Anugerah Pilihan Keselamatan Terbaik

Next post

Lotus Sport 240 Terakhir Diserahkan Kepada Elisa Artioli

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *