Gaya Hidup

5 Pusat Penjagaan Kesihataan Terbaik di Selangor

“Matlamat bagi pembaharuan penjagaan kesihatan mestilah berkualiti tinggi dan sejagat dengan menggunakan cara yang lebih kos efektif”. Setiap hospital memainkan peranan yang sangat penting dalam merawat setiap pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan. Berikut adalah 5 Pusat Penjagaan Kesihataan Terbaik di Selangor.

KPJ Damansara Specialist Hospital

Hospital Pakar KPJ Damansara terletak di lokasi elit di Kuala Lumpur yang sering menjadi pusat ekspatriat dan pemuda eksekutif. Hospital Pakar KPJ Damansara adalah sebahagian daripada KPJ Healthcare Group, salah satu daripada penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di rantau ini yang mempunyai pengalaman lebih daripada 29 tahun dalam industri penjagaan kesihatan. Pesakit-pesakit tempatan dan antarabangsa gemar ke hospital ini kerana perkhidmatannya yang anggap berkualiti setaraf dunia dalam bidang Kardiologi, Pembedahan Bariatric, Onkologi, Pemupukan In Vitro (IVF), Ortopedik, Pediatrik & Neonatologi, dan Pemeriksaan Kesihatan.

Sunway Specialist Centers Damansara

Pusat Pakar Sunway Damansara (SSCD) memberi tumpuan kepada penyampaian konsultasi pakar pesakit luar dan perkhidmatan pembedahan hari. SSCD adalah anak syarikat Pusat Perubatan Sunway (SunMed), salah satu penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia. Setiap Pusat Perubatan dibawah naungan Sunway dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan moden, disokong oleh satu pasukan profesional penjagaan kesihatan yang berpengalaman termasuk perunding perubatan, kakitangan kesihatan bersekutu dan jururawat berdedikasi.

Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn

Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn (THONEH) telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga yang juga Pengerusi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) (19751990). Selama lebih dari 30 tahun, THONEH telah membina reputasi sebagai pusat kecemerlangan yang menyediakan penjagaan kesihatan mata khusus yang berkualiti dalam pelbagai kepakaran dan mempunyai sub kepakaran yang komprehensif dengan menggunakan teknologi terkini bagi menawarkan rawatan perubatan yang termaju dalam bidangnya.

Avisena Specialist Hospital

Avisena Specialist Hospital terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, di pusat bandar Selangor dengan jarak memandu 35 minit ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Hospital ini dilancarkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan disambut oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Turut hadir pada pelancaran itu ialah YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Avisena Specialist Hospital adalah sebuah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Columbia Asia Hospital Bukit Rimau

Hospital Columbia Asia Bukit Rimau adalah sebuah hospital pelbagai bidang pengkhusus yang terletak di Shah Alam yang juga berhampiran dengan komuniti-komuniti di Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitarnya. Hospital Columbia Asia mempunyai kakitangan dan jururawat yang berkemahiran tinggi dan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang terkini. Hospital ini juga meliputi pelbagai bidang perubatan seperti Kardiologi, Ortopedik, Rheumatologi, Perubatan Kecederaan Sukan, Pediatrik, Pembedahan Am, Radiologi dan Urologi. Setiap hospital memerlukan doktor panel yang cukup pakar dan arif dalam pelbagai bidang perubatan kesihatan. Justeru, penting bagi setiap hospital untuk merawat setiap orang pesakit dengan penuh amanah dan dedikasi.

Previous post

BMW i8 Akan Dibersarakan Menjelang April 2020

Next post

Pasukan Malaysia Pamer Aksi Terpuji di BMW Motorrad International GS Trophy 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *