Motosikal / Lain Lain Roda

Honda Super Cub C125 oleh K-Speed Thailand

Dilancarkan pada tahun 1958, Honda Super Cub telah menjadi antara motosikal yang paling banyak dihasilkan dan bukannya sukar nak lihat kenapa ia begitu popular. Motosikal ini menawarkan kemampuan, keseronokan dan praktikaliti dalam satu pakej yang menarik. Kos penjagaannya juga tidak tidak begitu mahal, jadi tidak hairanlah ia diminati ramai terutamanya di rantau ini.

Kini, Super Cub ditawarkan dalam versi terbaharu yang dikenali sebagai C125. Seperti yang dicadangkan oleh namanya, kapcai ini dikuasakan oleh enjin 125 cc dan didatangkan dengan pelbagai ciri seperti lampu LED dan panel LCD. Ia adalah satu interpretasi moden kepada model asal namun rekaannya masih dikekalkan.

Bercakap tentang interpretasi, kita boleh lihat banyak tuner dan bengkel custom yang menampilkan versi C125 Super Cub mereka sendiri. Di dini kami tampilkan sebuah spesimen yang dihasilkan K-Speed Thailand.

Seperti yang anda boleh lihat, banyak penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memberikan motosikal ini penampilan baharu. Ia telah direndahkan, manakala madgad hadapan dibuang bagi memastikan tayar yang besar itu muat. ‘Ekor’ yang pendek, bersama dengan pemegang nombor plat besi dan skema warna hitam matte memberikan motosikal ini imej yang lebih garang.

Tidak banyak perubahan yang dilakukan pada bahagian panel instrumen, melainkan pemegang baharu dan cermin sisi berbentuk bulat yang tergantung di hujung bar hendal. Sebahagian daripada dapranya telah dipotong manakala panel sisi gentian karbon menggantikan unit yang asal. Apa yang kami betul-betul suka adalah pelindung tempat duduk dan beg sandang kulit yang bukan sahaja kelihatan bergaya tetapi turut memberikan ruang storan tambahan.

Dari aspek mekanikal, C125 ini kekal dengan bahagian-bahagian asalnya kecuali ia dilengkapi dengan penyerap hentak dan ekzos ‘aftermarket’. Angkup brek berkembar pada roda belakang nampak agak keterlaluan, namun pada pendapat kami, inilah konsep yang ingin ditampilkan oleh K-Speed melalui rekaan mereka ini.

Previous post

Pasukan Malaysia Pamer Aksi Terpuji di BMW Motorrad International GS Trophy 2020

Next post

Hyundai Tanggung Bayaran Ansuran 6 Bulan Untuk Pelanggan Yang Terjejas Akibat COVID-19

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *