Berita Auto

Hyundai Tanggung Bayaran Ansuran 6 Bulan Untuk Pelanggan Yang Terjejas Akibat COVID-19

Penularan wabak COVID-19 bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada kesihatan, malah turut menjejaskan perniagaan. Akibat daripada ini, ada di antara mereka yang kurang bernasib baik hilang mata pencarian.

Bagi membantu mengurangkan beban pelanggan mereka, Hyundai Motor America telah melancarkan program Assurance Job Loss Protection di mana syarikat itu akan menanggung bayaran ansuran selama enam bulan bagi pemilik kenderaan Hyundai yang kehilangan kerja akibat pandemik itu.

Program tersebut disediakan khas untuk mereka yang membeli atau memajak kenderaan Hyundai menerusi Hyundai Capital antara 14 Mac hingga 30 April 2020.

Sementara itu, pelanggan yang membuat pembelian pada 30 April 2020 menerusi pembiayaan Hyundai Capital juga diberi pilihan untuk menangguh pembayaran ansuran mereka selama 90 hari. Tawaran ini terhad untuk model-model berikut: Santa Fe, Tucson, Elantra, Elantra GT, Kona, Venue dan Accent.

“Kami memahami ketidakpastian melampau yang diakibatkan oleh coronavirus dan kecemasan yang dialami oleh pelanggan kami, dan ingin memanfaatkan warisan Hyundai iaitu membantu masyarakat,” kata ketua pegawai eksekutif Hyundai Motor North America, José Muñoz.

Program Hyundai Assurance Job Loss Protection pertama kali diperkenalkan pada tahun 2009 akibat krisis kewangan pada masa itu.

Previous post

Honda Super Cub C125 oleh K-Speed Thailand

Next post

Ferrari Menutup Kilangnya Di Itali

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *