Berita Auto

Bugatti Guna Pencetak 3D Untuk Hasilkan Komponen

Pada zaman moden ini, pelbagai cara digunapakai oleh pengeluar bagi memastikan berat kenderaan yang dihasilkan berada pada tahap minimum.

Selain gentian karbon yang sudah meluas penggunaannya, jenama mewah dan eksklusif kini dilihat beralih kepada inovasi yang boleh dikatakan masih baharu iaitu pencetakan 3D.

Sebagai contoh, Bugatti mengumumkan bahawa ia menggunakan teknologi tersebut untuk menghasilkan penutup trim muncung ekzos Chiron Pur Sport.

Komponen yang diperbuat daripada titanium itu mempunyai ukuran 22 cm panjang, 48 cm lebar dan 13 cm tinggi. Berat keseluruhannya adalah 1.85 kg sahaja, iaitu 1.2 kg lebih ringan berbanding komponen sama yang terdapat pada Chiron.

Selain bersifat ringan, satu lagi kelebihan penutup titanium tersebut adalah keupayaannya untuk menahan haba yang dihasilkan oleh ekzos. Dalam kes ini, ia mempunyai ketahanan haba sehingga 650 darjah Celcius.

Ini bukanlah kali pertama Bugatti menggunakan pencetakan 3D untuk menghasilkan komponen untuk kereta mereka. Sejak 2018, syarikat itu telah menggunakan Inconel 718 untuk menghasilkan penutup trim ekzos Chiron Sport, Divo, La Voiture Noire dan Centodieci.

Previous post

Adakah Geely Akan Membeli Mercedes-Benz Semasa Krisis COVID-19 Ini?

Next post

Pemandu E-Hailing dan Teksi Terima Bantuan Kerajaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *