Berita Auto

Bugatti Dan Rimac Jalin Usaha Sama, Porsche Turut Terlibat

Rimac Automobili, syarikat kenderaan elektrik berprestasi tinggi dari Croatia, telah mengumumkan bahawa ia telah bergabung dengan Bugatti bagi membentuk sebuah usaha sama baharu yang dikenali sebagai Bugatti-Rimac.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-16

Di bawah usaha sama ini, Bugatti dan Rimac akan menjalinkan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan model-model yang akan datang. Bagaimanapun, untuk barisan kenderaan yang sedia ada iaitu Chiron dan Nevera, kedua-dua syarikat itu akan meneruskan operasi mereka secara berasingan. Ini bermakna Chiron masih akan dikeluarkan di Molsheim, Perancis, manakala Nevera pula di Zagreb, Croatia.

Dari segi struktur pemilikan, Rimac Group memegang 55 peratus saham dalam Bugatti-Rimac manakala 45 peratus lagi dipegang oleh Porsche. Pemilikan Rimac Group pula merangkumi pengasas syarikat iaitu Mate Rimac dengan pegangan saham terbesar iaitu 37 peratus, diikuti oleh Porsche (24 peratus), Hyundai (12 peratus) dan pelabur-pelabur lain (27 peratus).

Di samping Bugatti-Rimac, usaha sama antara dua pengeluar ini juga menyaksikan pembentukan Rimac Technology, sebuah entiti berasingan yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengeluaran sistem bateri, trenkuasa dan komponen-komponen EV untuk Rimac dan juga syarikat-syarikat lain yang berkerjasama dengannya seperti Aston Martin (Valkyrie) dan Koenigsegg (Regera).

Sebagai ketua pegawai eksekutif Rimac Group, Mate Rimac akan mengetuai Bugatti-Rimac dan Rimac Technology. Beliau akan disertai oleh ahli-ahli lembaga penyelia yang terdiri daripada ketua pegawai eksekutif Porsche, Oliver Blume dan naib pengerusinya iaitu Lutz Meschke.

Ibu pejabat usaha sama ini akan dibuka di sebuah fasiliti berukuran 100 ribu kaki persegi yang dibangunkan dengan pelaburan berjumlah 200 juta euro (RM985 juta). Digelar sebagai Rimac Campus, ia dikatakan akan mula beroperasi pada tahun hadapan.

Previous post

Debut BMW 2 Series Coupé Yang Serba Baharu

Next post

Bentley Flying Spur Hybrid Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *