Berita Auto

Bugatti Chiron Pur Sport Grand Prix Kereta Pertama Dari Program Sur Mesure

Pembeli kereta ultra mewah memang gemarkan program kustomisasi dan sudah tentu, pengeluar seperti Bugatti sedar akan perkara ini. Oleh sebab itu, di samping menawarkan model-model edisi terhad seperti Divo, Centodieci dan La Vouiture Noire, syarikat itu turut mewujudkan program Bugatti Sur Mesure khusus untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan rekaan kustom.

Model pertama yang dihasilkan menerusi program ini adalah Bugatti Chiron Pur Sport ‘Grand Prix’ yang diinspirasikan oleh pelumba Louis Chiron. Livery istimewa dan nombor 32 pada bahagian pintu merupakan satu penghormatan kepada kereta lumba Type 51 yang dipandu oleh Chiron dan Achille Varzi semasa memenangi perlumbaan French Grand Prix pada 1931.

Bugatti Chiron Pur Sport Grand Prix Sur Mesure

Livery tersebut menampilkan gabungan dua warna baharu yang direka khusus untuk Grand Prix. Warna biru muda itu dikontraskan dengan corak ‘EB’ berwarna merah yang dicat dengan tangan pada bahagian dapra. Sementara itu, bahagian bawah badan pula menampilkan corak gentian karbon.

Ruang dalaman dihiasi dengan Alcantara, kemasan aluminium hitam pada konsol tengah, aksen merah, tulisan ‘Grand Prix’ pada konsol tengah dan juga corak EB yang sama pada panel pintu.

Menariknya, Chiron Pur Sport ‘Grand Prix’ bukanlah model bespoke pertama yang dihasilkan oleh Bugatti. Sebelum ini, pada 2013, sebanyak enam buah Veyron ‘Les Legendes de Bugatti’ dihasilkan, diikuti dengan Chiron ‘Zebra 1 of 1’ pada 2019 dan Divo ‘Lady Bug’ pada 2021.

Bugatti Chiron Pur Sport Grand Prix Sur Mesure

Kini tinggal kurang 40 unit sahaja lagi untuk Chiron dan yang tinggal adalah sama ada versi Pur Sport atau Super Sport. Versi-versi ini ditawarkan pada harga yang lebih mahal berbanding versi standard dan harganya pasti melonjak lebih tinggi jika pelanggan memilih untuk menggunakan khidmat program Bugatti Sur Mesure.

Previous post

Setel Share Adalah Perkongsian e-Dompet Pertama Di Malaysia

Next post

BMW R 18 Bagger, R 18 Transcontinental Tiba Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *