Berita Auto

TREVO Tawar Peluang Jana Pendapatan Tambahan

SOCAR Malaysia memperkenalkan pasaran perkongsian kereta individu-ke individu terbaru yang dikenali sebagai TREVO.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Muhammad Azmi Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL dan turut hadiri oleh Shin Jung-Ho, Naib Presiden Eksekutif SK Holdings Co Ltd. (SK Holdings).

TREVO, yang diperbadankan sebagai Future Mobility Solutions Sdn Bhd, dimiliki sepenuhnya oleh SOCAR Mobility Malaysia Sdn Bhd (SOCAR). SOCAR adalah sebuah syarikat yang 60% dimiliki oleh SK Holdings – sebahagian daripada SK Group dari Korea Selatan manakala 40% pegangan lain dimiliki oleh SOCAR Korea.

Secara ringkasnya, TREVO membolehkan pemandu (Tetamu) menempah sebarang kenderaan yang memenuhi kehendak dan keperluan mereka daripada pemilik kereta terdekat (Hos) yang merupakan angggota komuniti TREVO.

Menerusi TREVO, Tetamu boleh meminjam sebuah kereta pada kadar serendah RM55 sehari bagi Perodua Myvi atau memanjakan diri dengan pengalaman mewah memandu sebuah Rolls Royce buat sehari. Mereka juga boleh memilih untuk memandu model kompak, hatchback, sedan, coupe, SUV mahupun 4×4.

Bagi Hos, mereka boleh meraih nilai bayaran ansuran bulanan kereta mereka sekiranya mereka berkongsi kenderaan yang dimiliki sekurang-kurangnya 6 hingga 8 hari sebulan. Hos-hos boleh menentukan harga mereka sendiri dengan syarat ia masih dalam lingkungan harga yang ditetapkan dalam algoritma TREVO. Hos-hos korporat seperti syarikat sewaan kereta juga boleh menyenaraikan kenderaan mereka di aplikasi ini.

Aplikasi TREVO boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut mengenai TREVO, layari laman web https://trevo.my/ atau laman Facebook Trevo Malaysia di https://www.facebook.com/TrevoMY/.

Previous post

Honda Civic Facelift Dilancarkan

Next post

Perkongsian Pasaran Mitsubishi Triton Tertinggi Dalam Tempoh 10 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *