Berita Auto

Honda Civic Facelift Dilancarkan

Selain Accord generasi ke-10, Honda Malaysia turut melancarkan Civic versi facelift yang kini hadir dengan teknologi keselamatan Honda SENSING.

Seperti sebelum ini, sedan segmen C ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.8S (RM113,600), 1.5 TC (RM129,600) dan 1.5 TC-P (RM139,600).

Dari segi kuasa, enjin 1.5-liter VTEC Turbocharged menghasilkan 173 PS dan 220 Nm, manakala enjin 1.8-liter i-VTEC mempunyai 141 PS dan 174 Nm. Kedua-duanya diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Jadual berikut menunjukkan ciri-ciri terkini yang ditawarkan mengikut varian:

Turut disertakan adalah upholsteri kulit baharu, pengilap cermin hadapan automatik, tempat duduk pemandu berkuasa dengan lapan talaan, penghidup enjin kawalan jauh dan Walk Away Auto Lock.

Ciri keselamatan standard merangkumi enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Anti-Lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA), Auto Brake Hold (ABH), sensor hadapan dan ISOFIX tempat duduk belakang.

Civic facelift ditawarkan dalam warna baharu iaitu Passion Red Pearl, di samping Lunar Silver Metallic, White Orchid Pearl, Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl.

Previous post

Honda Accord 1.5L VTEC Turbo Masuk Pasaran Malaysia

Next post

TREVO Tawar Peluang Jana Pendapatan Tambahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *