Bisnes

Perkongsian Pasaran Mitsubishi Triton Tertinggi Dalam Tempoh 10 Tahun

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memulakan tahun 2020 dengan cemerlang apabila mencatatkan perkongsian pasaran tertinggi dalam tempoh 10 tahun iaitu 22.8 peratus bagi Januri tahun ini.

Menurut MMM, Triton menjadi satu-satunya model dalam segmen trak pikap yang mencatat pertumbuhan positif dan mengembangkan jualan keseluruhannya dengan peningkatan sebanyak 1.6 peratus dari April 2019 hingga Januari 2020, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pada masa yang sama, Triton double cab menduduki tangga teratas dalam segmen pikap bagi Januari 2020 di Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

“Dengan pencapaian tempat pertama dalam Indeks Khidmat Pelanggan (CSI) J.D. Power 2019, kami komited untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan kami,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Previous post

TREVO Tawar Peluang Jana Pendapatan Tambahan

Next post

Butiran Volkswagen Golf GTi Mk8

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *