Motosikal / Lain Lain Roda

Bilik Pameran Ducati PJ Kini Dibuka

Next Bike Sdn Bhd hari ini melancarkan pembukaan bilik pameran Ducati PJ yang juga merupakan bilik pameran Ducati yang kedua terbesar di Asia Tenggara.

Dengan kos pelaburan berjumlah RM1.5 juta, Ducati PJ menampilkan bilik pameran berkeluasan 16,339 kaki persegi yang menempatkan pelbagai model terkini Ducati seperti Panigale V4 S, 916 Anniversario, Monster 821, Hypermotard 950, Diavel 1260 S, serta barisan model Scrambler.

Sementara itu, pusat servisnya mempunyai ukuran 5,509 kaki persegi dan dilengkapi dengan lapan ruang servis dengan kemampuan untuk menampung kapasiti menyelenggara sehingga 450 buah motosikal sebulan.

Kini terletak di pintu masuk Naza Automall, bangunan Ducati PJ yang dihiasi dengan gabungan warna merah dan putih yang ikonik boleh dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Persekutuan.

Selain menerapkan identiti korporat terbaru, bilik pameran ini juga mempunyai beberapa ruang berasingan khas untuk pakaian dan aksesori Ducati. Untuk peminat Scrambler, mereka boleh mengunjungi Scrambler Camp yang mempunyai ruang pakaian dan aksesorinya sendiri.

Bercakap tentang rancangan masa depan Next Bike,Dato’ Nik Hamdan Nik Hassan, Naib CEO Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings berkata syarikat itu turut merancang untuk membuka pusat pengedar baharu di selatan tanah air menjelang suku kedua tahun ini.

Majlis pelancaran Ducati PJ diserikan dengan kehadiran penunggang MotoGP Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci yang berada di tanah air untuk sesi ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang.

Previous post

Hyundai Dedah Lakaran i20 Generasi Baharu

Next post

Alfa Romeo GTA Dengan 620 PS Mungkin Jadi Kenyataan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *