Berita Auto

Hyundai Dedah Lakaran i20 Generasi Baharu

Hyundai telah mendedahkan lakaran i20 generasi baharu sebelum model itu diperkenalkan sepenuhnya di Geneva Motor Show pada Mac ini.

Menurut Hyundai, i20 bakal menjadi model pertama pasaran Eropah yang menerapkan bahasa reka bentuk baharu jenama itu yang dikenali sebagai ‘Sensuous Sportiness’.

Sesuai dengan namanya, hatchback segmen B itu kini menampilkan reka bentuk yang lebih sporty dan dinamik menerusi gril ‘cascading’ lebar yang bersambung dengan lampu utama.

Garisan karakter dan tiang-C yang tajam menonjolkan lagi profil sisi dan sifat kelincahan model ini, begitu juga dengan bentuk lampu belakang yang direka supaya tampak bersambung dengan cermin belakang.

Tetapi jangan terlalu teruja kerana model sebenar yang akan membuatkan kemunculan di Geneva nanti pasti tidak 100 peratus sama dengan lakaran ini, terutamanya saiz tayar dan rim serta bentuk cermin sisi.

Lakaran ruang dalaman masih belum didedahkan namun Hyundai mengesahkan bahawa terdapat dua skrin berukuran 10.25 inci yang digunakan sebagai kluster instrumen digital dan paparan utama.

Previous post

Kia Sonet Concept Buat Kemunculan di India

Next post

Bilik Pameran Ducati PJ Kini Dibuka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *