Bisnes

6 Sebab Mengapa Pemegang AP BAHARU Menghadapi Kesukaran Menjual Stok Mereka

Sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negara tahun lepas, kerajaan sebelumnya menyerahkan 36 rakyat Malaysia dengan Approved Permit (AP) kenderaan terpakai melalui MITI.

Perniagaan pemegang AP baharu kurang laris

Cerita 36 pemegang AP baharu ini diketahui umum selepas www.dsf.my menyiarkan artikel itu pada Mac tahun ini.

Ini diterima dengan banyak reaksi negatif media dan beberapa e-mel yang berunsur keras dari pengimport kereta terpakai baharu berkenaan yang tidak menyukai idea sesiapa mengacau ‘angsa emas’ mereka.

Well, nampak gayanya ‘angsa emas’ mereka sakit dan sesetengah daripada mereka kini mengalami kesukaran untuk menjual kenderaan import kelabu mereka. Penyiasatan kami beberapa bulan lalu telah menimbulkan beberapa maklumat yang menarik dan kerana kami tiada pasukan undang-undang penuh dipihak kami, kami tidak dapat berkongsi semua maklumat yang diperolehi dan inilah sahaja yang dapat kami berkongsi dengan anda.

Terdapat 6 sebab mengapa sesetengah pemegang AP baharu menghadapi kesukaran menjual stok kenderaan mereka yang diimport.

  1. Mereka masuki perniagaan ini dengan pemikiran yang ianya senang dengan margin keuntungan yang tinggi. Dengan penguncupan pasaran dan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia, kos mereka lebih tinggi sekarang apabila mendarat dan kerana mereka baharu dalam bisnes ini mereka tidak mendapat harga pembelian borong yang baik untuk kenderaan terpakai yang diimport itu. Oleh itu, mereka tidak dapat bersaing dengan harga jual berbanding pemegang AP yang sudah tertubuh yang telah menurunkan harga mereka untuk memerah orang-orang baharu ini.
  2. Pemegang AP yang sudah tertubuh mempunyai garis kredit dengan pembekal luar negara dan kos perbelanjaan mereka dalam kereta terpakai lebih rendah. Pemegang AP baharu perlu meminjam wang, membayar faedah dan menanggung kos.
  3. Pemegang AP lama mempunyai ruang pameran mereka sendiri. Ini bermakna mereka boleh terus menurunkan harganya untuk ‘menolak’ pemegang AP baharu ke sudut.
  4. Pemegang AP baharu menyangka mereka boleh ‘bermain’ dengan sistem cukai. Sekarang dengan kerajaan Pakatan ini tidak mungkin dan kos pendaratan mereka tidak setanding dengan pemegang AP yang sudah tertubuh yang mempunyai persediaan stok lama yang siap untuk dijual dengan harga yang lebih rendah.
  5. Pemegang AP yang sudah tertubuh kini bersedia untuk mengambil alih stok pemegang AP baharu … dengan harga diskaun besar untuk ‘membantu’ mereka menghabiskan stok mereka sebelum akhir Disember. Kalau tidak clear, pemegang AP baharu berkenaan TIDAK akan mendapatkan stok baharu AP mereka tahun depan.
  6. Pemegang AP baharu yang memiliki wang tunai yang banyak di bank akan memegang stok mereka sehingga 2020 dan kemudian cuba mendapatkan cukai yang lebih rendah (kerana stok telah berumur) untuk mendapatkan harga kos yang lebih baik dan kemudian menjual rendah tanpa kerugian. Sementara itu, mereka terpaksa menerima harga yang lebih rendah.

Ini hanya bermakna bahawa pemegang AP yang sudah tertubuh sedang bekerjasama untuk perlahan-lahan menghapuskan beberapa pemegang AP baharu dan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) hanya perlu memantaui mereka dan memastikan mereka TIDAK menjual AP dan stok mereka kepada peniaga kereta terpakai.

Previous post

Jeep Wrangler Dapat Kuasa Diesel

Next post

Proton R3 Raih Kemenangan 1-2 di Sepang 1000km

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *