Sukan

Proton R3 Raih Kemenangan 1-2 di Sepang 1000km

Pasukan R3 menutup tirai 2019 dengan cemerlang setelah memenangi memenangi perlumbaan endurance Sepang 1000km (S1K) untuk kali ketiga berturut-turut.

Setelah sembilan jam berentap dalam perlumbaan yang sukar, Iriz 2019 yang dikemudi oleh Mitchell Cheah dan Farique Hairuman muncul juara manakala di tempat kedua adalah Syafiq Ali dan Admi Shahrul yang memandu Saga 2019.

Dengan kemenangan ketiga berturut-turut dan kelima keseluruhan dalam S1K, Proton kini merupakan pengeluar paling berjaya dalam sejarah perlumbaan tersebut.

Menurut Proton, ini merupakan bukti jelas kebolehpercayaan, pengendalian dan prestasi kereta Proton, selain kemahiran, profesionalisme dan kerjasama pasukan R3.

Pasukan Proton R3 menempatkan tiga kereta untuk perlumbaan S1K tahun ini dan kereta ketiga dipandu oleh pasukan wanita yang terdiri daripada Nurul Husna dan Faye Kusairi yang dipilih daripada program MSF-R3 Lady Drivers Search. Pelumba berpengalaman, Leona Chin merupakan pemandu utama pasukan ini.

Isu teknikal semasa pusingan kelayakan memaksa pasukan wanita ini untuk memulakan perlumbaan di petak ke-26. Biarpun begitu, skil dan semangat juang yang ditunjukkan membuahkan hasil apabila mereka berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, di hadapan pelumba-pelumba wanita yang lain.

Previous post

6 Sebab Mengapa Pemegang AP BAHARU Menghadapi Kesukaran Menjual Stok Mereka

Next post

Volkswagen Atlas Cross Sport R Bakal Mengganas di Baja 1000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *