Motosikal / Lain Lain Roda

Naza Premira Tamatkan Operasi Vespa Mulai 1 Januari 2020

Naza Premira Sdn Bhd dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa ia akan ia menghentikan operasi pengedaran jenama Vespa berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Menurut SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings, Kumpulan Naza dan Kumpulan Piaggio telah mengadakan perbincangan mengenai pemisahan itu sejak Julai lalu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Piaggio atas kerjasama selama sembilan tahun dan kami mengucapkan selamat maju jaya dengan rakan baharu mereka,” kata beliau.

vespa airbags 6

“Kami akan terus memberikan terhadap pengukuhan perniagaan teras kami termasuk operasi pengeluaran dan pengedaran automotif.”

“Lebih penting lagi, kami perlu kekal berdaya saing dan relevan di dalam pasaran yang berubah dengan pantas mengikut trend pengguna,” tambah Nasarudin lagi.

Naza Premira akan meneruskan perkhidmatan selepas jualan, alat ganti dan jaminan di pusat pengedar terpilih sehingga 31 Disember ini.

Previous post

Perdana Group Menandatangani Kontrak Penyelenggaraan & Perkongsian Scania Ecolution

Next post

Polis UK Uji Ford Ranger Raptor dan Focus ST Wagon

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *