Berita Auto

Polis UK Uji Ford Ranger Raptor dan Focus ST Wagon

Polis di United Kingdom kini sedang menguji dua kenderaan jenama Ford untuk dijadikan kereta peronda iaitu Ranger Raptor dan Focus ST Wagon.

Dilengkapi dengan livery biru-kuning, siren dan pelbagai lampu kecemasan, kedua-dua jentera tersebut merupakan produk pasukan Special Vehicle Preparation Ford yang berpangkalan di Essex.

Pasukan polis South Wales menjadi antara yang pertama untuk menguji trak pikap berprestasi tinggi itu, yang dikuasakan oleh enjin EcoBlue 2.0-liter empat silinder dengan 213 PS/500 Nm dan transmisi automatik 10 kelajuan.

Bukan itu sahaja, Ranger Raptor juga dilengkapi dengan sistem suspensi Fox Racing Shox dan juga mod Baja yang menjadikannya begitu handal di jalan yang tidak berturap.

Sementara itu, Focus ST Wagon pula bakal memberikan pasukan polis UK kelebihan di atas jalan raya dengan 276 PS dan 420 Nm yang dibekalkan oleh enjin EcoBoost 2.3-liter.

Previous post

Naza Premira Tamatkan Operasi Vespa Mulai 1 Januari 2020

Next post

Didi Resources Pengedar Baru Piaggio dan Vespa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *