Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Perdana Group Menandatangani Kontrak Penyelenggaraan & Perkongsian Scania Ecolution

Satu langkah bagi menyediakan perjalanan yang lebih selamat, selesa, dan mesra alam untuk penumpang-penumpang mereka.

Scania Malaysia bersama pengendali kepada Perdana Express, Darul Iman Express dan Lienadia Express – Perdana Group, telah menandatangani kontrak ini bagi 78 buah bas.

Scania Southeast Asia Managing Director, Marie Sjödin Enström explaining Scania’s proactive and on-going drive towards sustainability with far-reaching 2050 commitment in reducing the carbon footprint to net zero

Sempena dengan majlis menandatangan yang berlangsung di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan Pengarah Urusan Perdana Express, Tuan Haji Laili Ismail telah mengambil kesempatan itu untuk menambahkan armadanya dengan 31 bas baharu Scania.

Perdana Express Managing Director, Tn Hj Laili Hj Ismail affirms in providing passengers with safe and comfortable travel

22 bas dari syarikat Kumpulan tersebut akan memulakan Ecolution sebagai perintis sebelum dikembangkan kepada semua bas Perdana Group. Fokus utama perkongsian ini adalah untuk mengurangkan pergunaan bahan api serta kos operasi yang secara langsung akan menambah baikkan keuntungan selain memenuhi permintaan inisiatif mesra alam yang semakin meningkat.

Scania K1410EB6X2 merupakan pilihan Perdana Express kerana ianya dilengkapi dengan fungsi Scania Opticruise, suspense udara penuh, sistem brek elektronik (EBS), Scania Retarder dan Kawalan Traksi, tork yang lebih tinggi pada putaran enjin yang lebih rendah serta roda stereng yang boleh laras penuh dan pedal gantung. Ciri-ciri tersebut menghasilkan bas yang selamat dan selesa untuk pemandu dan penumpang di samping meminimumkan impak kepada alam sekitar dengan peggunaan bahan api secara efisien.

Previous post

Naza Taja Kia Picanto Sebagai Hadiah Cabutan Bertuah HPPK 2019

Next post

Naza Premira Tamatkan Operasi Vespa Mulai 1 Januari 2020

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *