Bisnes

Proton Atasi Rekod Jualan Tahun Lalu Dalam Tempoh 9 Bulan

Walaupun masih berbaki dua bulan sebelum tahun 2019 menutup tirainya, Proton mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mengatasi jumlah jualan keseluruhannya bagi tahun 2018.

Jualan Proton September 2019

Dengan 70,330 unit kenderaan didaftarkan setakat suku ketiga tahun ini (domestik + eksport) berbanding 64,744 bagi jumlah keseluruhan tahun lepas, Proton dilihat berada pada landasan yang betul untuk mencatat satu angka pertumbuhan yang besar sepanjang tahun ini.

Bagi September 2019, Proton mencatat jualan sebanyak 8,934 unit yang mewakili peningkatan sebanyak 97% berbanding 4,524 unit pada bulan yang sama tahun lepas. Dengan prestasi luar biasa ini, syarikat itu menganggarkan pegangan pasaran sebanyak 20.2%.

Saga menjadi model Proton paling laris dengan 3,994 unit telah diserahkan kepada pelanggan pada bulan lalu. Angka ini turut mengangkat kembali Saga sebagai sedan segmen A paling laris di Malaysia selepas hampir tiga tahun.

Proton Saga 45 Rear Right_Hires RGB

“Dengan jumlah yang melebihi volum jualan keseluruhan tahun 2018 hanya dalam tempoh sembilan bulan, PROTON dapat menyasarkan untuk mencapai nombor jualan terbaik sejak tahun 2015. Apa yang lebih penting adalah Saga telah kembali di kedudukan nombor satu dalam segmennya. Meskipun baharu dilancarkan kurang dari dua bulan yang lalu, sambutan daripada rakyat Malaysia sangat positif,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Selain itu, X70 turut mengekalkan kedudukannya sebagai SUV paling laris di dalam kelasnya. Untuk meraikan prestasinya pada tahun ini, Proton kini menawarkan pakej insurans bersubsidi dan insentif overtrade bernilai sehingga RM2,000 sebagai tambahan kepada jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, pakej servis percuma lima tahun dan pakej data Internet lima tahun yang sedia ada.

 

Previous post

Vespa Sprint Carbon - Dari RM19k

Next post

Mazda3 TCR Bakal Gegar Perlumbaan Kereta Touring

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *