Motosikal / Lain Lain Roda

Vespa Sprint Carbon – Dari RM19k

Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia hari ini memperkenalkan model sporty Vespa Sprint Carbon untuk pasaran tempatan.

Vespa Sprint Carbon

Ditawarkan dalam warna Black Vulcano dan White Innocenza, model ini tampil unik dengan tekstur karbon pada bahagian hadapan dan pelindung speedometer.

Ia juga mempunyai penutup hon berwarna merah, stiker rim baharu, pelindung lampu berwarna kelabu dan juga kemasan krom pada bar hendal dan cermin sisi. Warna bendera Itali turut ditampilkan pada bahagian sisi, di samping logo Carbon pada bahagian belakang.

Black Carbon 01 a Flat 8-horz

Identiti perlumbaan pada model ini ditekankan lagi menerusi kehadiran pelana tunggal dan juga lampu LED empat segi pada bahagian hadapan dan belakang.

Sprint Carbon dikuasakan oleh enjin i-Get 150 cc empat lejang silinder tunggal yang direka untuk prestasi mesra alam dan tunggangan yang lancar, senyap dan selesa.

White Carbon 06 Flat 2-horz

Ditawarkan pada harga bermula RM19,000, Sprint Carbon baharu kini boleh didapati di semua wakil pengedar Vespa di seluruh negara.

Previous post

Ini Peluang Anda Untuk Menangi Sebuah Volkswagen Beetle

Next post

Proton Atasi Rekod Jualan Tahun Lalu Dalam Tempoh 9 Bulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *