Sukan

Mazda3 TCR Bakal Gegar Perlumbaan Kereta Touring

Mazda telah memperkenalkan Mazda3 versi berprestasi tinggi namun sayangnya jentera ini tidak boleh dipandu di jalan raya kerana ia dibangunkan khas untuk siri perlumbaan TCR.

Mazda3 TCR

Direka oleh Mazda Design America yang berpangkalan di Irvine, California, dengan sokongan Long Road Racing, Mazda3 TCR tampil lebih agresif dengan gerbang roda yang lebih lebar dan spoiler gergasi.

mazda3-tcr-race-car (3)

Ia juga memakai kit badan patuh piawaian perlumbaan TCR yang merangkumi splitter hadapan serta diffuser besar dengan ekzos ditengah-tengahnya. Rim Rays 18 inci, tayar Michelin Pilot serta sistem gantungan Bilstein (atau Ohlins) memberikan jentera lumba ini stance yang cukup agresif.

mazda3-tcr-race-car (1)

Di bawah hud, terdapat enjin 2.0-liter empat silinder turbo yang menjana 350 hp dan 490 Nm, dengan redline mencecah 7,000 rpm. Dengan transmisi berjujukan enam kelajuan SADEV atau Xtrac, jentera ini mampu dikatakan mampu memecut sehingga 241 km/j.

mazda3-tcr-race-car (2)

Mazda3 TCR dibina untuk tujuan homologasi yang melayakkannya mengambil bahagian dalam mana-mana 36 kejohanan TCR di seluruh dunia. Ia bakal membuat kemunculan sulungnya di 2020 IMSA Michelin Pilot Challenge, bermula dengan Endurance Challenge yang merupakan sebahagian daripada kejohanan Rolex 24 di Daytona pada 26 Januari 2020.

Previous post

Acara Ferrari Cavalcade Classiche Tahunan Ke-3 Tamat Di Rom

Next post

BMW Group Malaysia Terus Meneroka Dan Mendukung Bakat Perfileman Tempatan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *