Servis / Modifikasi

Cawangan Toyota GR Garage Bahagian Selatan – Mutiara Motorsports (JB)

Semasa pelancaran GR Supra serba baharu baru-baru ini, Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMWT (yang juga Timbalan Pengerusi syarikat), Akio Takeyama juga mengumumkan bahawa GR Garage kini telah membuat penampilannya di Malaysia.

Toyota GR Garage

Cawangan-cawangan Toyota terpilih menyediakan konsep “kedai dalam kedai” menjual produk-produk GR — bermula dengan GR Supra, produk-produk prestasi tinggi GR serta cenderahati GR.

Kami sempat melawat cawangan bahagian selatan mereka di Mutiara Motorsports (JB) semasa pelancaran mereka baru-baru ini.

Alamatnya:

  • Mutiara Motorsports (JB)
    70, Jalan Mutiara 8, Taman Perindustrian Plentong, 81750 Masai, Johor
    073573777

Ini adalah sebagai permulaan, buat masa sekarang ada lima cawangan — tiga di Lembah Klang dan masing-masing satu cawangan di Utara dan Selatan tanah air. Konsep GR Garage diperkenalkan di Jepun beberapa tahun lalu dan Malaysia menjadi pasaran luar Jepun yang pertama menawarkannya kepada pelanggan.

“TGR Festival, Vios Challenge dan Toyota Velocity Esports Championship telah menunjukkan bagaimana Toyota menyuntik semangat perlumbaan ke dalam aktiviti yang kami anjurkan. Bagaimanapun, kami merasakan ini tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan dan keinginan peminat sukan permotoran dan kereta di sini. Jadi, kami hadir dengan sebuah platform baru — GR Garage, sebuah tempat di mana peminat boleh berkumpul dan berbual tentang minat mereka terhadap kereta, terutamanya kereta sport dan juga sukan permotoran,” jelas Takeyama.

Lokasi GR Garage semasa yang lain:

  • Fokus Tetap (Shah Alam)
    No. 2A, Jalan Setia Murni, AH U13/AH, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor
    0333440908
  • PCM Motor (Klang)
    Lot 1137, Jalan Kepayang, Kawasan 17, 41050 Klang, Selangor
    0333420734
  • Wing Hin Automobile (Balakong)
    Lot 9257A, Jalan Balakong, 43300 Balakong, Selangor
    0389626889
  • Telagamas Motors (Kulim)
    79, Jalan Kempas 1/5, Taman Kempas Indah, 09000 Kulim, Kedah
    044918888

Untuk maklumat lanjut lokasi cawangan pengedar dengan GR Garage, pelanggan boleh melayari laman toyota.com.my/vehicles/gr-lineup/supra atau hubungi talian bebas tol di 1-800-8-TOYOTA (869682).

Previous post

Subaru WRX STI EJ20 Final Edition Rai Enjin 'Boxer' Lagenda

Next post

Operasi Enjin Geely Dan Volvo Akan Bergabung

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *