Servis / Modifikasi

“Mizuki” Menunggu Pemenang Cabutan Bertuah di Art of Speed 2019

Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara Art of Speed 2019 akan menutup tirai dengan satu sesi cabutan bertuah di mana para pelawat berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah termasuk sebuah hadiah utama yang menarik. BHP Banner BMW Quill Bagaimanapun, daripada memberikan sebuah motosikal custom seperti yang biasa dilakukan sebelum ini, pihak penganjur akan membawakan sedikit kelainan pada tahun ini dengan menawarkan sebuah Mini Cooper dengan enjin Suzuki Hayabusa sebagai hadiah utama pada hari tersebut. Art Of Speed FNG Works Ipoh 37 Tidak, anda tidak tersalah baca. Hadiah utama bagi cabutan bertuah di Art of Speed tahun ini adalah sebuah Mini Cooper dengan enjin superbike. Dikenali dengan nama manja “Mizuki”, ia kini sedang dibina oleh FNG Works yang berpangkalan di Ipoh. Jika anda seorang peminat motosikal dan kereta custom, nama ini sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Art Of Speed FNG Works Ipoh 12 Dalam satu lawatan media ke bengkel FNG Works baru-baru ini, kami sempat melihat dengan lebih dekat bagaimana jentera ini dibina dan dipasang. Bersama kami adalah Irwann Cheng yang diberi tanggungjawab untuk menyiapkan projek khas ini. Art Of Speed FNG Works Ipoh 15 Secara ringkasnya, projek ini bermula dengan sebuah Mini Cooper tahun 1976 dan enjin Suzuki Hayabusa tahun 1999. Tetapi, menggabungkan dua elemen ini bukanlah semudah yang disangka. Art Of Speed FNG Works Ipoh 18 Sementara subframe hadapan tidak disentuh, subframe belakang telah digantikan dan diperkuatkan dengan struktur tubular spaceframe bagi tujuan menampung enjin tersebut yang diposisikan di atas gandar Perodua Rusa yang telah diubahsuai. Art Of Speed FNG Works Ipoh 30 Menurut FNG Works, enjin empat silinder bersesaran 1,299 cc itu dibiarkan standard, bermakna ia mempunyai sekitar 173 hp dan 126 Nm untuk disalurkan ke tayar belakang. Ia tidaklah terlalu tinggi tetapi boleh dikira cukup berkuasa untuk sebuah Mini Cooper yang telah ditogelkan. Art Of Speed FNG Works Ipoh 33 Untuk casis, kereta ini dilengkapi dengan sistem gantungan ladder bar dengan gegelung pegas dan penyerap hentak boleh laras dari D2 Motorsport. Brek hadapan adalah daripada yang asal, manakala brek belakang diambil daripada sebuah Honda Civic EG9. Art Of Speed FNG Works Ipoh 24 Kehadiran enjin Hayabusa bermakna tayar asal tidak lagi cukup bagus untuk memastikan Mizuki sentiasa ‘melekat’ di atas jalan. Bagi tujuan ini, ia mendapat rim steelies berukuran 12 inci di hadapan dan rim steelies 13 inci dengan balutan tayar slick berukuran 10 inci lebar di belakang. Art Of Speed FNG Works Ipoh 22 Seperti yang diperkatakan, kebanyakan komponen bahagian dalaman telah ditanggalkan dan kini menampilkan tempat duduk custom buatan Saidi Race Fabrications dari Subang Jaya. Untuk tujuan estetika, ia akan menggunakan stereng asal. Art Of Speed FNG Works Ipoh 47 Berminat? Mudah sahaja. Kunjungi acara Art of Speed 2019 di MAEPS, Serdang pada 27 dan 28 Julai ini dan jentera unik ini mungkin menjadi milik anda.

Previous post

Mercedes-AMG GLC43 Kini Lebih Berkuasa

Next post

MINI Convertible Dilancarkan Sempena Ulang Tahun MINI ke-60

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *