Berita Auto

MINI Convertible Dilancarkan Sempena Ulang Tahun MINI ke-60

Seperti yang anda mungkin sudah tahu, 2019 merupakan ulang tahun MINI yang ke-60. Sebagai sebahagian daripada sambutan, MINI Malaysia telah melancarkan MINI Convertible versi facelift dalam varian Cooper S.

BHP Banner BMW Quill

Bagaimanapun, pelanggan perlu cepat kerana hanya 20 unit akan ditawarkan untuk pasaran tempatan, dengan harga (atas jalan, tanpa insurans) bermula dari RM279,888. Terdapat lima warna untuk dipilih iaitu Caribbean Blue, Chili Red, Solaris Orange, Melting Silver dan Starlight Blue.

The New MINI Convertible (6)

Dari segi kelengkapan, model ini didatangkan dengan lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang, lampu nyalaan siang LED serta rim Rail Spoke berukuran 17 inci yang dibalut tayar ‘runflat’.

The New MINI Convertible (3)

Selain pada lampu belakang, motif bendera Union Jack turut ditampilkan pada bumbung ‘soft top’ jentera ini. Ia boleh dibuka secara elektrik dalam masa 18 saat walaupun ketika kereta masih bergerak pada kelajuan setinggi 30 km/j. Menurut MINI, bumbung tersebut lebih senyap dan mempunyai mekanisme pintar lipatan Z yang boleh dioperasikan dalam tiga tetapan, iaitu terbuka, tertutup dan sebagai ‘sunroof’.

The New MINI Convertible (9)

Bahagian dalaman pula diserikan dengan upholsteri kulit Chester berwarna coklat dengan sulaman bermotifkan berlian, kemasan kulit Nappa pada stereng serta papan pemuka berwarna hitam piano dari katalog MINI Yours. Apa yang menarik, papan pemuka ini mempunyai fungsi pencahayaan dalam 12 warna berbeza.

The New MINI Convertible (19)

Selain itu, model ini juga mendapat sistem muatan mudah atau ‘Easy Load yang meningkatkan ruang pembukaan kompartmen muatan dengan menarik bumbung ‘soft top’ di atas pintu but.

The New MINI Convertible (10)

Dari segi infotainmen, skrin 6.5 inci pada konsol tengah menyokong sistem MINI Connected generasi baharu yang menggunakan teknologi SIM 4G. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Panggilan Kecemasan Pintar, TeleServices, MINI Online, Apple CarPlay tanpa wayar dan Servis Jarak Jauh (Remote Services).

The New MINI Convertible (18)

Memacu MINI Convertible adalah enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghamburkan 192 hp dan 280 Nm. Dengan transmisi Steptronic tujuh kelajuan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.1 saat dan seterusnya mencapai kelajuan maksimum 230 km/j.

The New MINI Convertible (14)

Ciri keselamatan merangkumi enam beg udara, Rear Park Distance Control, Dynamic Traction Control, dan Dynamic Stability Control. Turut disertakan adalah Active Rollover Protection System yang memastikan pemandu dan penumpang mendapat perlindungan tambahan pada bahagian kepala sekiranya kenderaan terbalik dalam kemalangan.

The New MINI Convertible (8)

Sempena ulang tahun ke-60 MINI, pelanggan yang membuat pembelian sehingga 31 Ogos 2019 akan menikmati Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan, di mana pelanggan akan mendapat servis berjadual percuma untuk 60 bulan atau 80,000 km, serta waranti bertempoh 60 bulan tanpa had perbatuan.

The New MINI Convertible (7)

Untuk pembelian yang dibuat selepas tarikh tersebut, MINI Convertible didatangkan dengan waranti tanpa had perbatuan selama empat tahun serta servis berjadual percuma.

The New MINI Convertible (5)

Dengan ‘Balloon Financing’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, model ini boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan serendah RM3,028 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Previous post

"Mizuki" Menunggu Pemenang Cabutan Bertuah di Art of Speed 2019

Next post

Lawatan Ke Art Of Speed Malaysia FNG Works Ipoh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *