Promosi / Tawaran / Peraduan

MINI Malaysia Tawar Program Inklusif Servis + Pembaikan Untuk 60 Bulan

MINI Malaysia telah memperkenalkan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI (MINI Service + Repair Inclusive Programme atau MSRI) bagi semua kenderaan MINI yang dibeli mulai hari ini sehingga 31 Ogos 2019.

BHP Banner Bentley Flying Spur

Tawaran ulang tahun ini memberikan pemilik-pemilik MINI yang baharu servis berjadual percuma yang terhad untuk 60 bulan atau 80,000km (mana-mana yang tiba dahulu), serta waranti bertempoh 60 bulan tanpa had perbatuan bagi kesemua model yang dalam portfolio kenderaan MINI.

Servis yang ditawarkan melalui program MSRI ini sejajar dengan sistem Servis Berasaskan Kondisi (Condition Based Service atau CBS) dan ia merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, serta servis untuk penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek.

MINI-Cooper-S-Countryman-Pure

Di samping itu, Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan juga ditawarkan kepada pelanggan pakej gerombongan (fleet packages), kenderaan dikecualikan duti serta Program Kepulangan Pakar (REP).

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati daripada semua wakil pengedar MINI yang bertauliah.

 

Previous post

Aprilia RSV4 1100 Factory Masuk Pasaran Malaysia - RM159,900

Next post

Beli Mitsubishi Triton Dan Nikmati Kadar Faedah Serendah 0.88% Daripada Maybank

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *