Promosi / Tawaran / Peraduan

Beli Mitsubishi Triton Dan Nikmati Kadar Faedah Serendah 0.88% Daripada Maybank

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan tawaran menarik iaitu kadar faedah serendah 0.88% untuk Mitsubishi Triton dengan pembiayaan daripada Maybank.

BHP Banner Bentley Flying Spur

Tawaran ini bermula hari ini hingga 30 September 2019 dan ia diadakan bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia tidak lama lagi.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar sebuah Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium boleh memilih untuk menikmati kadar faedah rendah tersebut atau rebat tunai bernilai RM4,000 dan RM6,000 (untuk Triton VGT Premium sahaja).

Mitsubishi Triton

Menurut MMM, Triton VGT Adventure X kini didatangkan standard dengan Flying Sports Bar tanpa sebarang kos tambahan.

Sementara itu, model Outlander 2.0 dan 2.4 masing-masing ditawarkan dengan rebat tunai bernilai RM6,000 dan RM4,000. Outlander 2.0 dijual pada harga RM137,888 manakala Outlander 2.4 berharga RM152,888.

New Mitsubishi Outlander 2.4L

Bukan itu sahaja, pelanggan yang menempah ASX juga akan mendapat rebat tunai bernilai RM12,000 bagi varian 4WD dan RM8,000 bagi varian 2WD. ASX 4WD kini ditawarkan pada harga RM133,336 manakala ASX 2WD berharga RM118,866.

Outlander dan ASX didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

 

Previous post

MINI Malaysia Tawar Program Inklusif Servis + Pembaikan Untuk 60 Bulan

Next post

Pemandu Singapura Yang Tukar Plat Kena KANTOI & DENDA!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *