Motosikal / Lain Lain Roda

Aprilia RSV4 1100 Factory Masuk Pasaran Malaysia – RM159,900

Jentera litar Aprilia RSV4 1100 Factory telah dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia oleh pengedar rasmi jenama itu iaitu Didi Resources Sdn Bhd. Tawaran terbaru ini merupakan superbike road-legal keluaran Aprilia yang paling berkuasa dan ia bersaing dengan Ducati Panigale V4R yang dilancarkan baru-baru ini.

BHP Banner Bentley Flying Spur

Memacu RSV4 1100 Factory merupakan enjin V4 65-darjah bersesaran 1,078 cc yang menghasilkan 217 hp pada 13,200 rpm dan 122 Nm tork pada 11,000 rpm, menjadikan peningkatan sebanyak 16 hp dan 7 Nm berbanding versi standard.

IMG_9075

Untuk bunyi yang lebih mengujakan, enjin tersebut dipadankan dengan sistem ekzos Akrapovic yang direka khas untuk model ini. Bersama dengan bateri lithium-ion Bosch dan roda aluminium aloi tempaan, ciri ini membolehkan RSV4 1100 Factory mengekalkan beratnya pada 199 kg.

IMG_9088

Untuk mengawal kuasa yang berlebihan itu, Aprilia melengkapkan model ini dengan pakej kawalan dinamik yang merangkumi Traction Control, Wheelie Control, Launch Control, Pit Limiter serta Cruise Control. Ciri Quickshifter pula membolehkan penunggang menukar gear tanpa menutup pendikit dan tanpa menggunakan klac.

IMG_9091

Bukan itu sahaja, RSV4 1100 Factory turut mendapat ciri Cornering ABS yang dibangunkan bersama dengan Bosch. Sistem ini mempunyai algoritma spesifik yang bertindak untuk mengawal pecutan, tekanan pada tuil brek hadapan, ‘lean’, ‘pitch’ dan sudut ‘yaw’. Penunggang mempunyai tiga mod tunggangan untuk dipilih iaitu Sport, Track dan Race.

IMG_9084

Sementera itu, kelebihan pengendalian diuruskan oleh Ohlins yang membekalkan penyerap hentak TTX, fork hadapan NIX serta peredam stereng. Sistem brek Brembo Stylema pula memastikan motosikal ini mempunyai kuasa membrek yang secukupnya sepanjang masa.

IMG_9107

Aprilia RSV4 1100 Factory ditawarkan pada harga RM159,900 tidak termasuk insuran, pendaftaran dan cukai jalan. Ia didatangkan dengan jaminan selama dua tahun tanpa had perbatuan. Lebih menarik lagi, enam unit pertama didatangkan standard dengan skup udara gentian karbon (bernilai RM4,000) tanap sebarang kos tambahan.

IMG_9076

IMG_9106

IMG_9078

IMG_9090

IMG_9081

Previous post

Bentley Flying Spur 2019 Dilancarkan Di Goodwood

Next post

MINI Malaysia Tawar Program Inklusif Servis + Pembaikan Untuk 60 Bulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *