Gaya Hidup

Isuzu Penaja Utama Kuching Marathon 2019

Kuching Marathon yang merupakan satu acara larian jarak jauh di Malaysia dengan penyertaan besar-besaran di kepulauan Borneo tahun ini bakal menyaksikan Isuzu sebagai penaja utamanya; sebuah lagi jenama yang sangat sinonim dengan ketahanan dan kecekapan kenderaannya untuk kegunaan jarak jauh.

BHP Banner NZ Mercedes-Benz

“Sebagai sebuah jenama yang berteraskan ideologi ketahanan dan kecekapan penggunaan jarak jauh, kami berkongsi semangat dan azam yang sama dengan setiap pelari marathon. Dalam semangat itu jugalah Isuzu memilih untuk melibatkan diri di dalam acara Kuching Marathon tahun ini,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura.

Majlis pelancaran rasmi acara ini telah diadakan di Kuching dan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan dihadiri oleh Datuk Bandar Kuching Utara dan Selatan. Mewakili Isuzu Malaysia ialah Ketua Pegawai Operasi, Masayuki Suzuki yang menyerahkan tanda penajaan kepada Pengarah Acara Kuching Marathon, Liew Tang Chieh.

Acara Kuching Marathon tahun ini adalah edisi ke enam dalam penganjurannya, dan bakal bermula dan berakhir di Padang Merdeka pada 18 Ogos 2019. Perlumbaan kali ini akan menampilkan empat kategori jarak larian, bermula dengan 5 km, 10 km, separuh marathon dan marathon penuh (42.195 km) mengikut piawaian antarabangsa yang diiktiraf oleh Persatuan Marathon dan Perlumbaan Jarak Jauh Antarabangsa (AIMS).

Larian marathon penuh akan membawa peserta melalui pusat pentadbiran Kuching Utara dan sebahagian kawasan bersejarah di Kuching Selatan berkenaan sebelum berakhir di garisan penamat di lokasi ikonik Padang Merdeka.

Hadiah akan diberikan untuk kategori marathon penuh, separuh marathon dan 10 km bagi peserta bagi lelaki, wanita serta veteran, sementara untuk larian santai 5 km pula adalah terbuka kepada pelari dari semua peringkat umur. Pilihan laluan kali ini juga memberikan kesempatan kepada peserta untuk menerokai keistimewaan bandar Kuching.

Acara ini dijangka akan menarik penyertaan seramai 11,000 peserta yang nekad untuk menguji had kemampuan masing-masing dan untuk mengalami sendiri satu daripada acara sukan paling berpengaruh di Sarawak. Untuk maklumat lanjut penyertaan dan program Kuching Marathon, sila layari www.marathonkuching.com.

Previous post

NZ Wheels and Mercedes-Benz Malaysia Tingkatkan Penjagaan Pelanggan

Next post

Petronas AutoExpert Pertama di Malaysia Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *