Berita Auto

Petronas AutoExpert Pertama di Malaysia Dilancarkan

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bersama Petronas Lubricant International (PLI) hari ini melancarkan pusat servis Petronas AutoExpert yang pertama di Malaysia, yang menawarkan produk serta perkhidmatan penyelenggaraan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

BHP Banner NZ Mercedes-Benz

Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada pelan PLI untuk memberi kemudahan kepada pelanggan dengan membawa teknologi canggih PETRONAS dan kepakaran teknikal di bawah satu bumbung.

IMG_7608

Cawangan yang diuruskan oleh Autohaus ini merupakan yang pertama daripada 100 pusat yang dijangka dibuka di Malaysia, dengan lebih banyak cawangan yang bakal dibuka di 30 buah negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

IMG_7607

Di Petronas Auto Expert, kenderaan pelanggan akan diuruskan oleh barisan mekanik terlatih yang menggunakan kelengkapan dan teknologi terkini untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan, diagnostik enjin, penukaran minyak dan banyak lagi.

IMG_7601

Terletak di Seksyen 15, Shah Alam, pusat ini dilengkapi dengan 14 ruang pembaikan untuk menampung jumlah pengguna yang tinggi.

IMG_7618

Pembukaan pusat servis Petronas AutoExpert dirasmikan oleh Naib Presiden Pemasaran Petronas, Perniagaan Hiliran, Dato’ Sri Syed Zainal bersama Ketua Perniagaan Asia Pasifik PLI, Ruslan Halim Islahudin, Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Hardeep Singh dan Pengarah Autohaus, Muhammad Eezam Masripan.

IMG_7600

Previous post

Isuzu Penaja Utama Kuching Marathon 2019

Next post

Renault Megane R.S. Baharu Dipertontonkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *