Berita Auto

Ford Mustang 2.3 EcoBoost Kini Dengan Pakej High Performance

Selepas memperkenalkan Mustang Shelby GT500 pada awal tahun ini, Ford kini mengalihkan tumpuan mereka kepada varian 2.3L EcoBoost dan telah menghasilkan pakej High Performance untuk model ‘entry level’ itu.

BHP Banner Menang RM5000

Menurut Ford, pakej ini sebenarnya bermula dari sebuah eksperimen di mana enjin Focus RS disumbat ke dalam sebuah Mustang. Melihat potensi yang ada pada projek tersebut, para jurutera Mustang mengambil keputusan untuk meyakinkan Ford supaya mengeluarkan pakej tersebut untuk pasaran.

2020-ford-mustang-high-perf-package (3)

Hasilnya adalah varian Mustang baharu yang mempunyai 330 hp, peningkatan sebanyak 20 hp jika dibandingkan dengan varian asas. Ini dicapai menerusi kalibrasi semula dan penggunaan pengecas turbo dan radiator lebih besar. Sistem ekzos aktif pula menghasilkan bunyi yang lebih menggerunkan.

2020-ford-mustang-high-perf-package (2)

Walaupun jumlah tork kekal pada 475 Nm, enjin 2.3-liter empat silinder itu kini mempunyai lengkung tork yang lebih luas di mana 90% daripadanya terhasil antara 2,500 dan 5,300 rpm.

2020-ford-mustang-high-perf-package (4)

Dengan pilihan transmisi automatik 10 kelajuan dan manual enam kelajuan, Mustang High Performance dipercayai boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa empat saat dan mencapai kelajuan maksimum 249 km/j.

2020-ford-mustang-high-perf-package (5)

Bagi aspek pengendalian, model ini menerima naik taraf suspensi daripada Mustang GT. Ini termasuklah ‘sway bar’ pada bahagian hadapan dan belakang yang masing-masing berukuran 32 mm dan 24 mm. Sistem brek juga diambil daripada model tersebut.

2020-ford-mustang-high-perf-package (1)

Selain itu, Ford turut menala semula stereng, ABS, kawalan kestabilan serta mod pemanduan. Turut disertakan adalah Limited Slip Differential pada gandar belakang, selain rim berukuran 19 inci yang dipadankan dengan tayar 255/40R.

Previous post

‘MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired’ & ‘MINI Cooper S Countryman Pure´Diperkenalkan

Next post

Mazda3 Versi Berprestasi Tinggi Mungkin Akan Dihasilkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

1 Comment

  1. […] dari laman gohedgostan.com, selepas memperkenalkan Mustang Shelby GT500 pada awal tahun ini, Ford kini mengalihkan tumpuan […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *