Berita Auto

Ford Mustang Shelby GT500 Miliki Lebih Dari 700 HP

Acara Detroit Auto Show 2019 menyaksikan kemunculan kereta jalanan Ford paling berkuasa iaitu Mustang Shelby GT500. Seperti model-model berprestasi tinggi Ford yang lain, jentera ini dibangunkan dengan kepakaran divisyen Ford Performance.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

GT500 dikuasakan oleh enjin supercharged 5.2-liter V8 yang mampu menghasilkan lebih dari 700 hp, menurut jenama Blue Oval itu. Dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan, kereta muscle ini memerlukan kira-kira tiga saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j. Pecutan suku batu pula boleh dilakukan dalam kurang 11 saat.

2020-ford-shelby-gt500-3

Bagi memastikan ambilan udara sentiasa sejuk serta merendahkan pusat graviti, supercharger berkapasiti 2.7-liter itu diterbalikkan manakala intercooler pula diletakkan di antara bank silinder. Selain itu, Ford juga meggunakan rod penyambung tempaan selain takungan minyak berstruktur bagi memastikan enjin itu sentiasa itu dilincirkan.

2020-ford-shelby-gt500-4

Sistem suspensi turut diberi penambahbaikan dalam bentuk geometri baharu, peredam MagnaRide serta gegelung depan dan belakang yang lebih ringan. Tayar Michelin Pilot Sport 4S menghasilkan tahap cengkaman yang tinggi manakala brek cakera bersaiz 420 mm dan angkup enam omboh keluaran Brembo memastikan jentera ini berhenti bila diperlukan.

2020-ford-shelby-gt500-5

Menariknya, GT500 boleh didapati dengan dua pakej berasingan. Handling Package merangkumi cagak topang atas boleh laras (adjustable strut top mounts) serta spoiler dengan Gurney flap, manakala Carbon Fibre Track Package yang dibangunkan untuk golongan hardcore menawarkan rim gentian karbon 20 inci dengan tayar Pilot Sport Cup 2, spoiler gentian karbon GT4 boleh laras, splitter dan dive plane. Tempat duduk belakang juga dibuang bagi mengurangkan berat.

2020-ford-shelby-gt500-2

 

Previous post

Honda Malaysia Lancar HR-V Facelift

Next post

Pelanggan Cars International Tidak Puas Hati Dengan Kenaikan Harga

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *