Berita Auto

‘MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired’ & ‘MINI Cooper S Countryman Pure´Diperkenalkan

MINI Malaysia memperkenalkan dua varian baharu bagi keluarga Mini mereka MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure. BHP Banner Mini

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired ialah seperti cadangan namanya, varian Hibrid ‘Plug-In’. Ini kata mereka, untuk mendemonstrasikan komitmen mereka terhadap pembentukan masa hadapan bagi industri automotif Malaysia dengan Mobiliti Elektro. Mereka juga ada kategori tersendiri yang mereka namakan “Kenderaan Aktiviti Sport (SAV) untuk MINI Countryman ini. Tahun lalu mereka berjaya menjual 1200 unit. Pertumbuhan 19% berbanding pencapaian yang dicatat pada tahun 2017 (1,011 kenderaan). Suku pertama tahun ini? Berkembang sebanyak 38% dengan lebih daripada 300 unit kenderaan terserah.

Rim ruji 19 inci dengan tayar ‘run flat’.

Enjin? Petrol ‘TwinPower Turbo’ + transmisi automatik 6 kelajuan dengan tambahan motor elektrik varian hibrid ‘plug-in’ – 224 kk (kuasa kuda) dan tork berjumlah 385 Nm. 0 hingga 100 km/j = 6.8 saat, kelajuan maksimum 198 km/j, penggunaan bahan bakar – 2.1 liter bagi setiap 100 km.

MINI Cooper S Countryman Pure pula datang dengan rim ruji 18 inci ‘Black Pin’ dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder ‘TwinPower Turbo’. Kelajuan tertinggi – 224 km/j, pecutan abad dalam masa 7.4 saat. Transmisi automatik 8 kelajuan. Kuasa, 192 kk dan tork 280 Nm. Penggunaan bahan bakar, 6.5 liter bagi setiap 100 km.

Harga:

MINI Cooper S Countryman Pure Terbaharu: RM 228,888.00

MINI Countryman Plug-In Hybrid Terbaharu: RM 250,888.00

Wired Package: Tambah RM 18,000.005. The New MINI Cooper S Countryman PureCerita panjang lebar – kenyataan media:

MINI Malaysia Memperkenalkan Kenderaan ‘MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired’ dan ‘MINI Cooper S Countryman Pure´ yang Terbaharu.

Jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia memperkenalkan varian-varian baharu bagi jentera serba boleh yang terunggul serta model hibrid ‘plug-in´ yang sulung bagi jenama ini.

Kuala Lumpur, 15 April 2019 – MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah mengambil peluang pada hari ini untuk memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure yang terbaharu untuk membawakan keterujaan yang dizahirkan daripada kelincahan serba atletik dan versatiliti yang mengagumkan untuk para pelanggan.

“MINI Countryman merupakan jentera serba boleh yang terunggul; simbol ikonik untuk kehidupan urban. Sejak pengenalannya pada tahun 2010, MINI Countryman dengan konsisten telah menjalani proses evolusi sepanjang dasawarsa ini untuk melengkapi penular trend daripada setiap generasi. Pada tahun 2018, Malaysia menjadi tunggak utama di rantau Asia Tenggara dengan tugas pemasangan MINI Countryman di peringkat tempatan. Lanjutan daripada kejayaan cemerlangnya dan sejajar dengan strategi elektrifikasi kami, kami juga telah memperkenalkan varian Hibrid ‘Plug-In’ untuk mendemonstrasikan komitmen kami terhadap pembentukan masa hadapan bagi industri automotif Malaysia dengan Mobiliti Elektro,” ujar En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Tambah beliau lagi, “Kenderaan Aktiviti Sport (SAV) premium yang versatil serta varian berelektriknya juga telah menjadi penyumbang utama kepada prestasi pemecahan rekod kami dengan penyerahan 1,200 unit kenderaan pada tahun lalu. Ia merupakan pertumbuhan sebanyak 19% berbanding pencapaian yang dicatat pada tahun 2017 (1,011 kenderaan). Pada suku pertama tahun 2019, prestasi kami telah berkembang sebanyak 38% dengan lebih daripada 300 unit kenderaan yang berjaya diserahkan; lebih daripada separuh merangkumi varian jentera MINI Countryman.”

Jenama premium British ini yakin bahawa MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure yang terbaharu akan terus mengilustrasikan kisah kejayaannya dalam segmen premium Malaysia kerana varian SAV premium tersebut juga kini menawarkan rangkaian ciri-ciri inovatif yang lebih komprehensif di samping aspek kelincahan atletik dan versatiliti luar biasa yang didatangkan bersama.

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman terbaharu menampilkan pelbagai kecanggihan inovasi termasuk ‘MINI Connected’ generasi terbaharu dengan teknologi SIM 4G yang turut disertakan. Dengan penawaran keupayaan keterhubungan dan servis peribadi yang ekstensif, MINI Connected yang baharu ini akan meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan, menawarkan informasi yang terkini serta kualiti hiburan yang tinggi juga, ia membolehkan warga MINIacs kekal terhubung walaupun ketika mereka berada di atas jalan raya. Ciri-ciri ini meliputi Panggilan kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call), ‘TeleServices’, ‘MINI Online’, Servis Rencam MINI (MINI Concierge Service), ‘Apple CarPlay’ tanpa wayar, Servis Jarak Jauh (Remote Services) dan Servis eDrive (eksklusif untuk MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired)

Ciri kemudahan dibawa ke aras yang baharu dengan Akses Keselesaan (Comfort Access), Bantuan Parkir (Park Assist), Bantuan Jarak Parkir – Hadapan dan Belakang (Front and Rear PDC), Pembuka But Auto (Auto Tailgate), Kamera Pandang Belakang (Rear View Camera), Brek Parkir Elektronik (Electronic Parking Brake), dan Bangku Piknik MINI (MINI Picnic Bench) – bangku bermaterial lembut dengan dua tempat duduk yang direka suai dengan pengadang perlindungan kotoran.

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired Terbaharu: Mengujakan Pengembaraan.

Selain daripada penampilan reka bentuk ‘ALL4’, MINI Countryman Plug-In Hybrid dengan Pakej Berwayar (Wired Package) kini menggayakan rim ruji 19 inci dengan tayar ‘run flat’. Keterampilan dan kelasakan jentera ini digilapkan dengan jaluran bonet MINI, bumbung berkontras dalam warna hitam atau putih, serta gril berbentuk heksagon.

Di dalam, varian hibrid ‘plug-in’ terbaharu ini dihiasi dengan upholsteri bersulam material kulit (Leather Cross Punch Carbon Black) pada tempat duduk berelektrik dengan fungsi memori. Penawaran interior ini dituntaskan dengan trim interior ‘MINI Yours Illuminated’ serta stereng ‘MINI Yours’.

Paparan Sesentuh 8.8 inci terbaharu yang beresolusi tinggi pada Instrumen Pusat MINI (MINI Centre Instrument) kini memuatkan teknologi tercanggih serta maklumat navigasi di hujung jari pemandu. Paparan ‘Head-Up’ (HUD) juga berorientasikan pemandu, ia memastikan jalan yang dituju serta informasi penting yang berkenaan dengan kenderaan ini dapat dilihat dengan jelas. Sementara itu, aspek hiburan dalam kenderaan ini diperkayakan oleh sistem bunyi Harman Kardon dengan 12 unit pembesar suara.

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired didatangkan dengan enjin petrol ‘TwinPower Turbo’ yang digandingkan bersama motor elektrik. Dengan transmisi automatik 6 kelajuan, varian hibrid ‘plug-in’ ini berupaya untuk menjana 224 kk (kuasa kuda) dan tork berjumlah 385 Nm. Ia mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.8 saat, mencecah kelajuan maksimum setinggi 198 km/j dengan penggunaan bahan bakar yang hanya berjumlah 2.1 liter bagi setiap 100 km.

Penawaran warna eksterior bagi MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired merangkumi warna merah (Chilli Red), putih (Light White), hijau (British Racing Green) dan perak (Melting Silver); semuanya dipadankan dengan bumbung berwarna hitam. Warna eksterior biru (Island Blue) pula dipadankan dengan bumbung berwarna putih.8. MINI Malaysia Introduces the New MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired and the New MINI Cooper S Countryman PureMINI Cooper S Countryman Pure Terbaharu: Nukilkan Kisah Anda.

Dengan reka bentuk serba lasak yang menawan, MINI Cooper S Countryman Pure terbaharu menampilkan jaluran bonet yang ikonik serta bumbung hitam yang elegan. Jentera ini juga hadir dengan lampu hadapan LED yang dilengkapi oleh lampu indikator, serta rim ruji 18 inci ‘Black Pin’.

MINI Cooper S Countryman Pure dihiasi dengan upholsteri hitam (Carbon Black) serta penggayaan material kulit (Leather Cross Punch) dengan kerusi berelektrik untuk keselesaan maksimum yang bertaraf tinggi. Trim interior eksklusif berwarna kelabu (Hazy Grey) menzahirkan nuansa kemodenan yang melengkapi material bumbung berwarna kuning air (beige). Jentera terbaharu ini juga didatangkan dengan Paparan Sesentuh 6.5 inci bersama Navigasi yang mengutamakan pengalaman kepenggunaan dengan antara muka (interface) yang mudah untuk dioperasikan.

MINI Cooper S Countryman Pure dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder ‘TwinPower Turbo’ yang mampu menjana kelajuan tertinggi mencecah 224 km/j dan mampu membuat pecutan abad dalam masa 7.4 saat. Di samping transmisi automatik 8 kelajuan, MINI Cooper S Countryman Pure terbaharu dapat menjana output maksimum setinggi 192 kk dan tork berjumlah 280 Nm. Kesemuanya dapat dikecapi dengan purata penggunaan bahan bakar yang berjumlah 6.5 liter bagi setiap 100 km.

Penawaran warna eksterior bagi MINI Cooper S Countryman Pure meliputi warna merah (Chilli Red), putih (Light White), hijau (British Racing Green), kelabu (Thunder Grey), perak (Melting Silver) dan biru (Island Blue); kesemuanya dipadankan dengan bumbung berwarna hitam.10. MINI Malaysia Introduces the New MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired and the New MINI Cooper S Countryman Pure

Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance).

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure yang terbaharu diliputi oleh program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 5 Tahun oleh MINI Malaysia, ditawarkan untuk semua kenderaan MINI dengan senarai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi Bantuan Kemalangan 24-jam, 365-hari-setahun, Bantuan melalui Telefon serta Talian Kecemasan (On the Spot Hotline), Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman), Kenderaan Ganti, Mobiliti Lancar (Seamless Mobility), Akomodasi, Solusi Servis Mobiliti serta servis Repatriasi.

Program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) MINI boleh dicapai melalui talian 1800-88-8808.

Servis Dalam Talian MINI.

Kini, anda boleh membuat temu janji servis dengan lebih mudah. Program servis dalam talian yang baharu kini membolehkan pelanggan untuk menjadualkan servis yang mereka perlukan secara terus di Pengedar MINI Bertauliah pilihan mereka melalui https://service.mini.my

Pembiayaan MINI.

Dengan ‘Easy Drive, pemilikan MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired terbaharu bermula daripada RM 2,998.00 setiap bulan dan pemilikan MINI Cooper S Countryman Pure bermula daripada RM 2,548.00 setiap bulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tiga tahun, had perbatuan ditetapkan pada20,000 km setiap tahun). Easy Drive ditawarkan atas ihsan BMW Group Financial Services Malaysia.

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure yang terbaharu didatangkan dengan Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 4 Tahun oleh MINI serta Program Servis Berjadual Percuma. Harga jualannya (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tanpa insurans) ialah:

MINI Cooper S Countryman Pure Terbaharu:       RM 228,888.00

MINI Countryman Plug-In Hybrid Terbaharu:        RM 250,888.00

Wired Package:                                             tambah RM 18,000.00

Maklumat lanjut berkenaan dengan MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure boleh didapati di www.mini.my.

Jerayawara, “Urban Liberation: The MINI Connected Roadshow”

Kedua-dua model ini bakal dipamerkan di Urban Liberation: The MINI Connected Roadshow dan ia menjanjikan sebuah pengalaman peribadi untuk kehidupan digital anda. Warga MINIacs juga boleh memandu uji jentera MINI pilihan mereka, serta menerima tawaran eksklusif yang meliputi pelan pembiayaan MINI bermula daripada RM 2,548/sebulan dengan Easy Drive* dan keistimewaan pemilik ‘MINI Black Card’.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Urban Liberation: The MINI Connected Roadshow akan mengambil tempat di lokasi dan tarikh berikut:

Lokasi Tarikh
Vivacity Megamall 26 – 28 April
Starling Mall 26 – 28 April
Paradigm Mall JB 3 – 5 Mei
Empire Subang 24 – 26 Mei
Gurney Paragon 14 – 16 Jun
I-City Central 28 – 30 Jun
One Utama 3 – 7 Julai

Maklumat lanjut tentang Urban Liberation: The MINI Connected Roadshow boleh didapati di www.mini.my/urbanliberation.7. MINI Malaysia Introduces the New MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired and the New MINI Cooper S Countryman Pure

Previous post

Dari Alaska tKe Tierra del Fuego Dengan VW Golf 1974

Next post

Ford Mustang 2.3 EcoBoost Kini Dengan Pakej High Performance

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *