Berita Auto

Mazda3 Versi Berprestasi Tinggi Mungkin Akan Dihasilkan

Tahun lalu, presiden dan ketua pegawai eksekutif Mazda, Akira Marumoto mengumumkan bahawa syarikat itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan Mazda3 versi berprestasi.

BHP Banner Menang RM5000

Namun, laporan terbaru Autocar mengatakan bahawa sebuah ‘hot hatch’ berasaskan model generasi keempat itu mungkin menjadi kenyataan. Bercakap kepada penerbitan itu, pengurus program Mazda3 iaitu Kota Beppu menyatakan bahawa secara peribadi beliau berhasrat untuk menjadikan pewaris Mazda3 MPS itu satu realiti.

“Saya seorang peminat kereta, jadi saya sendiri ingin memandu Mazda3 berprestasi tinggi. Saya akan melakukan yang terbaik,” kata beliau.

Walaupun projek itu masih belum disahkan secara rasmi, Beppu berkata terdapat minat yang tinggi daripada pasaran-pasaran negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.

2019 mazda3 3

Beberapa jenis enjin telah dikenalpasti untuk model hot hatch tersebut, namun ia berkemungkinan tinggi akan menggunakan enjin turbo 2.5-liter sedia ada. Tidak dapat dipastikan berapa jumlah kuasa yang akan dihasilkan untuk hot hatch itu, namun dalam CX-9 enjin tersebut menghasilkan 250 hp dan 420 Nm.

Beppu menambah bahawa model itu juga akan didatangkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) bagi mengatasi isu ‘torque steer’ yang lazim dialami oleh kereta pacuan roda hadapan (FWD) dengan jumlah tork yang tinggi.

Selain itu, Beppu juga berkata bahawa model itu akan dibangunkan dengan fokus kepada keselesaan untuk kegunaan setiap hari, bukannya kepada penggunaan di litar lumba.

Previous post

Ford Mustang 2.3 EcoBoost Kini Dengan Pakej High Performance

Next post

Nissan Sylphy Generasi Keempat Tampil Rekaan Lebih Menarik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *