Berita Auto

Nissan Sylphy Generasi Keempat Tampil Rekaan Lebih Menarik

Nissan Sylphy serba baharu telah didedahkan secara rasmi di acara Shanghai Motor Show 2019, menampilkan reka bentuk lebih segar serta teknologi terkini.

BHP Banner Menang RM5000

Model generasi keempat ini dilihat bakal menarik perhatian pembeli dalam segmen C dengan bahasa reka bentuk V-motion yang boleh dilihat secara jelas pada bahagian hadapan. Menurut Nissan, ia juga mempunyai bacaan pekali seret yang sama dengan GT-R iaitu 0.26.

2019-nissan-sylphy (2)

Bahagian dalaman menampilkan rekaan terkini dengan papan pemuka dan konsol tengah yang lebih ringkas. Di atas corong udara pendingin hawa terdapat sebuah skrin sentuh berukuran 8 inci, manakala di dalam panel instrumen pula terdapat paparan TFT 7 inci yang menunjukkan pelbagai maklumat kenderaan.

Selain itu, terdapat tempat duduk ergonomik 3D-Multilayer yang menjanjikan keselesaan untuk sehingga lima orang penumpang. Bahagian dalaman akan ditawarkan dalam warna hitam yang sporty, kelabu atau perang yang mewah seperti yang dipaparkan di sini.

2019-nissan-sylphy (1)

Sylphy akan didatangkan dengan enjin 1.6-liter HR16DE Gen3 yang dipadankan dengan transmisi Xtronic. Nissan masih belum mendedahkan jumlah kuasa yang dihasilkan, namun mengatakan bahawa ia mampu menyediakan pemanduan yang lancar dan menjimatkan. Stereng, suspensi dan kekerasan struktur turut dipertingkatkan bagi mencapai pengendalian yang lebih responsif.

Dari segi teknologi, Sylphy dilengkapi dengan ciri Integrated Dynamic Control Module yang mengenakan brek secara bersasar sekiranya kenderaan mengesan permukaan tidak rata pada jalan raya bagi meningkatkan aspek pemanduan. Selain itu, pemandu juga akan dibantu oleh ciri-ciri seperti Intelligent Trace Control, Intelligent Ride Control dan Emergency Brake for Pedal Misapplication.

2019-nissan-sylphy (3)

Antara ciri keselamatan yang disertakan secara standard termasuklah Intelligent Forward Collision Warning, Blind Spot Warning, Lane Departure Warning, Cross Traffic Alert dan Intelligent Driving Alert.

 

Previous post

Mazda3 Versi Berprestasi Tinggi Mungkin Akan Dihasilkan

Next post

Hypercar Elektrik Pertama Lotus: Type 130!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *